Skip to content

December 16, 2009

5

YOU:nique

Alhamdulillah kerana kali ini aku berjaya mendapat hadiah istimewa (lebih kurang seperti saguhati) daripada pihak IMAG.

Hadiah istimewa yang telah aku menangi adalah merupakan sebuah pemain mp3 berjenama Apple iaitu iPod Shuffle. Peraduan yang aku tidak mengharapkan memperoleh apa-apa hadiah ini benar-benar mencabar. Ini kerana para peserta dikehendaki melengkapkan esei atau slogan yang tidak melebihi 20 patah perkataan berserta dengan sekeping gambar.

Slogan yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut:

I.M. You:nique because…


Manakala gambar yang aku berikan kepada pihak pengurusan peraduan adalah sekeping gambar lomografi yang sangat menjadi kegemaran aku. Gambarnya adalah seperti di bawah ini:

YOU:nique

YOU:nique

Untuk pengetahuan, slogan yang aku berikan tidaklah seberapa kemas. Ini kerana aku menggunakan bahasa Inggeris yang terfikir di kepala aku pada ketika itu. Aku telah memberikan slogan ini :-
I.M. You:nique because…
I love takes some unique pictures which often have a glassy-like quality with saturated colors and sometimes blurry images.

Namun, aku bersyukur sekali lagi kerana ini kali pertama aku memenangi peraduan yang berdasarkan gambar dan juga slogan. Insya Allah pada masa akan datang, aku pasti akan turut menyertai mana-mana peraduan yang memerlukan gambar sebagai terma dan syarat.

Kepada sesiapa yang ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan YOU:nique, anda boleh layari laman web berikut: http://www.alliancebank.com.my/younique/

Read more from Writing
5 Comments Post a comment
  1. Dec 16 2009

    wah.. tahniah bro.. bukn senang nak dpt hadiah cmni..  [Quote]

  2. Dec 17 2009

    @ibnmasir
    Thanks bro ;)  [Quote]

  3. Dec 17 2009

    Grats bro.. ;)  [Quote]

  4. Dec 17 2009

    @Sha
    Thanks capt!  [Quote]

  5. Dec 29 2009

    wah…menang lg yerk…tahniah bro. :)  [Quote]

Share your thoughts, post a comment.

(required)
(required)

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments