Skip to content

March 8, 2010

3

Tawar Menawar Adalah Dilarang

TAWAR-MENAWAR ADALAH DILARANG

Inilah yang sempat aku lihat pada sebuah teksi di Mutiara Damansara sebentar tadi. Agak menarik. Mengapa? Sebabnya belum pernah lagi aku melihat papan tanda sedemikian pada teksi-teksi disekitar Lembah Klang ini.

Dalam hati aku tertanya-tanya, perlukah ada papan tanda berikut? Almaklumlah, aku tidak pernah diberitahu bahawa ada penumpang teksi yang meminta untuk dimurahkan tambang. Dan mengikut logik, selalunya tambang teksi ditentukan dengan meter yang terdapat di dalam teksi berkenaan.

Oh lupa untuk aku menyatakan ayat penuh papan tanda ini. Ayat penuh adalah “Teksi ini menggunakan meter, tawar-menawar adalah dilarang“. Pada pendapat pembaca, pernahkah anda mendengar cerita ada penumpang yang meminta untuk dimurahkan tambangnya? Setahu akulah, kebanyakan cerita yang aku dengar tidak kiralah dari mulut mahupun dengan menonton sendiri berita di kaca televisyen, pemandu teksi yang kerap kali menipu penumpang teksi dengan mengenakan tambang yang tidak mengikut rasional.

Jadi, entri ini aku sekadar berkongsi pengalaman setelah melihat papan tanda yang agak unik itu. Rugi aku tidak menyediakan gambar sebagai tontonan pembaca.

Read more from Writing
3 Comments Post a comment
  1. Mar 8 2010

    Haah , dekat JB pun ade gak tulis camtu kat teksi. Selalu nye kite terus bayar je kan , mane penah mintak kurangg . :-/  [Quote]

  2. farah atiqah
    Mar 9 2010

    apsal xletak gambar?  [Quote]

  3. Mar 9 2010

    @farah atiqah
    nak letak gambar macam mana? camera pun xde ni :(  [Quote]

Share your thoughts, post a comment.

(required)
(required)

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments