Skip to content

Posts tagged ‘Farah Atiqah’

28
Mar

Gambar Sudah Dimuatnaikkan

Berikut merupakan beberapa gambar yang diambil ketika aku menghadiri majlis konvokesyen Farah pada minggu lalu. Untuk gambar yang lain, anda boleh lihat sendiri di laman web Facebook milik aku ataupun Farah.

Sila klik pada gambar untuk resolusi yang lebih besar. Terima kasih.

17
Mar

Konvokesyen Ke-12 Politeknik Shah Alam

Hari ini aku ditemani oleh seorang rakan sekampung iaitu Firdaus atau nama popular beliau, Mamak untuk pergi ke majlis konvokesyen kekasih hati yang diadakan di Politeknik Shah Alam. Seawal jam 8.45 pagi, aku menelefon Mamak untuk bertanyakan sama ada beliau mahu menemani aku ataupun tidak. Dia memberitahu bahawa dia akan bersiap-siap dahulu dan dalam sekitar jam 9.40 pagi, dimintanya untuk aku tunggu di rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah aku.

Dengan berpakaian baju tee dan juga seluar jeans, aku menyarungkan kasut Onitsuka Tiger untuk membonceng motosikal dan pergi ke rumah Mamak. Aku pergi ke PSA bukanlah dengan membonceng motosikal, tetapi menaiki kereta bersama Mamak.

Dalam jam 10.25 pagi, aku dan Mamak telah sampai diperkarangan PSA. Aku sempat meninjau suasana di gerai-gerai yang menjual cenderamata untuk diberikan kepada para pelajar yang telah berjayakan kursus masing-masing ataupun lebih senang disebut sebagai graduation. Pada jam 11 pagi, Farah menelefon dan memberitahu bahawa beliau telahpun keluar dari dewan dan mahu berjumpa untuk bergambar bersama aku. Aku dan Mamak pada mulanya berada di dewan makan, terus bergegas menuju ke perkarangan dewan utama di PSA.

Dapat aku lihat kelibat adik Farah iaitu Aina. Dan selepas itu barulah aku perasan yang Farah sudahpun berada disisi aku. Aku terus mengeluarkan kamera Fuji Instax dan terus mengambil gambar. Tidak cukup dengan kamera itu, aku keluarkan kamera digital dan meminta tolong Mamak untuk menangkap gambar aku bersama Farah.

Sessi bergambar dilakukan juga Farah dengan keluarga tercinta. Beliau bergambar bersama ibu, ayah dan juga adiknya, Aina. Selepas itu, kami semua pergi ke dewan makan untuk menjamu selera. Malangnya aku dan Mamak tidak turut serta kerana kami masih lagi kekenyangan. Aku dan Mamak pergi mengambil angin di luar dewan makan berkenaan. Selang beberapa minit, Mamak memberitahu bahawa beliau mahu meninjau persekitaran dewan utama.

Setibanya di sana, aku dapat melihat beberapa buah gerai menjual barangan cenderamata iaitu anak patung beruang (teddy bear). Oleh kerana tidak mahu mengecewakan Farah, aku membelikan seekor anak patung beruang berkenaan untuknya. Aku pasti dia akan menyukainya.

Kemudian, pada jam 12 tengahari, Farah menelefon aku dan mengatakan bahawa ibu dan ayahnya sudah mahu pulang. Aku sempat bertanyakan kepadanya sama ada mahu pulang bersama aku ataupun keluarganya. Farah meminta supaya aku bertanyakan kepada ibunya. Akhirnya aku terserempak dengan ibu Farah dan meminta izin untuk membawa Farah pulang bersama aku. Ibunya mengizinkan Farah untuk pulang bersama aku.

Selepas itu, aku, Farah dan juga Mamak pulang bersama. Kami singgah di Restoran Mc Donald’s Kota Damansara untuk menjamu makanan tengahari dan jam 1.30 petang, barulah kami bergerak pulang.

Sekian. :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart:

P/s: Gambar akan dimuat naik esok!

14
Mar

He’s Back!

Instax Mini

Syukur alhamdulillah kerana kamera segera aku iaitu Fuji Instax Mini 7s akan kembali beraksi setelah sekian lama terpampang di dalam almari koleksi kamera-kamera lomografi aku.

Pada hari ini, aku telah pergi ke Foto Shangri-La yang terletak di dalam Ikano Power Centre, Mutiara Damansara dan telah membeli 2 kotak filem segera (instant film). Mengapa aku membeli filem berkenaan? Mestilah kerana aku akan menggunakan kamera Fuji ini.

Setelah merancang bersama Farah, beliau menyatakan hasratnya kepada aku supaya membawa kamera ini pada hari konvokesyennya yang akan diadakan pada hari Rabu bersamaan 17 Mac 2010. Jadi, dengan adanya kamera ini, bolehlah beliau bergambar bersama aku di hari berkenaan. Mungkin akan menjadi kenangan paling manis bagi kami berdua. Insya Allah :)

3
Feb

S&J Sunway Pyramid

Baucar RM50 yang aku menang beberapa bulan yang lalu aku gunakan untuk membeli sesuatu yang istimewa buat insan tersayang, Farah. Pagi tadi, seawal jam 11 pagi, aku dan Arif pergi ke kedai cenderamata yang terletak di Sunway Pyramid untuk menebus baucar RM50 berkenaan. Nama kedai berikut adalah S&J.

Aku gunakan baucar berkenaan untuk membeli beberapa barang yang tiba-tiba terdetik dihati aku. Barang berkenaan aku tidak boleh nyatakan di sini kerana aku mahu membuat kejutan untuk Farah. Hampir setengah jam untuk aku memilih barang atau perkakasan bagi membuat hadiah berkenaan. Ini kerana bukannya satu barang sahaja yang aku beli, boleh dikatakan lebih daripada 10 barang. Daripada barang-barang berkenaan, aku dan Arif mendapat idea untuk membuat satu hadiah custom yang mana jarang dilakukan oleh pasangan lain.

Terima kasih buat Arif kerana menemani aku untuk pergi ke Sunway Pyramid dan menyumbangkan tenaga untuk membuat hadiah berkenaan. Malam tadi, aku menelefon Farah dan memberitahu satu klu atau pembayang bagi hadiah yang akan aku berikan kepadanya. Klu berkenaan adalah “barang itu mudah pecah dan perlu dijaga dengan cermat“.

Farah seperti tidak dapat menjangkakan hadiah berkenaan. Jadi, tunggulah 12 haribulan ini kerana kemungkinan aku akan membuat sebuah lagi entri di mana kali ini aku akan memuat naik gambar hadiah berkenaan. Terima kasih :)

1
Feb

Yeah, Got New ‘Toy’ Collection

Congratulation!

Ini sahaja yang mampu aku luahkan kepada kekasih hati, Farah kerana beliau berjaya memenangi sebuah kamera mainan yang mana boleh dikategorikan sebagai keluarga kamera lomografi terkemuka iaitu Action Sampler. Kamera yang berjaya dimenangi oleh Farah adalah sebuah kamera mainan yang hanya menggunakan filem, yakni bermaksud kamera tersebut bukanlah kamera digital dan tidak secanggih kamera yang terdapat pada masa ini

Terima kasih kepada Wind Koh kerana memilih Farah sebagai pemenang bertuah yang berjaya meneka warna sebenar kamera yang di-edit menjadi gambar ‘hitam dan putih‘ (black and white).

Di bawah merupakan screen shot yang berjaya aku ‘abadi’kan sebagai kenangan ;)

Toy Camera - 29-01-2010

Toy Camera - 29-01-2010

30
Jan

Dia Akan Pergi…

Sayang

Terdetik hati ini untuk membuat sepatah dua kata untuk insan tersayang, Farah Atiqah kerana beliau akan ‘pergi meninggalkan‘ aku untuk jangka masa yang agak panjang (bagi diri aku). ‘Pergi’ yang dimaksudkan bukanlah bererti beliau akan meninggalkan aku buat selama-lamanya ini kerana aku yakin bahawa jodoh aku adalah bersama beliau.

Bulan Februari ini beliau akan menyambung pelajaran di Politeknik Port Dickson (PPD), Negeri Sembilan. Namun hati aku seperti tidak mahu memberi lampu hijau untuk beliau menyambung pelajaran. Ini kerana aku tidak mahu berjauhan dengan orang yang aku kasihi hampir enam bulan. Tetapi apakan daya aku kerana pendidikan atau pelajaran itu penting dalam kehidupan manusia. Tempoh masa yang diambil untuk menyelesaikan jurusan diploma di PPD adalah selama setahun. Jiwa aku seperti memberontak kerana tidak mahu berpisah walaupun untuk masa yang pendek ini.

Walau bagaimanapun, aku cuba untuk menabahkan hati dan perasaan menerima kenyataan ini. Segala kata-kata serta nasihat dari Farah akan aku turuti. Termasuklah dengan nasihat yang aku berikan kepadanya untuk setia bersama aku sehingga akhir hayat. Insya Allah.

Semoga beliau mendapat segala apa yang dikecapi selama ini. Dan aku berdoa agar masa setahun akan datang berlalu dengan pantas. Aminnn~

12
Jan

5 Month

Alhamdulillah, hari ini genap 5 bulan aku bersama si dia…

14
Dec

Please Vote For Me and Her

Hey peeps, I would like to ask you’ll to vote for my photo and also my girlfriend’s photo at Vivo online contest website. Please help us to win the prizes.

To view my photo, please go through this link: http://vivopizza.com/desc.php?id=316
Please make sure you’ve vote my photo while click on this link: http://vivopizza.com/vote.php?id=316
*If the link broken, please search my name, ADZFAR on voting page*

And one more thing, please vote for my girlfriend too.
View her photo via this link: http://vivopizza.com/desc.php?id=346
and please vote for her too: http://vivopizza.com/vote.php?id=346

VIVO contest

VIVO contest

Thank you in advance for those have been voted for us :)

13
Dec

Maaf!

we

we

Aku minta maaf kepada semua pembaca blog ini kerana sudah agak lama aku tidak mengemas kini atau menaip entri terbaru. Ini disebabkan kesibukan yang aku alami sejak dari bulan lepas (November) lagi. Insya Allah dalam masa terdekat ini, aku akan memasukkan beberapa entri sepanjang kesibukan aku.

Di kesempatan ini, aku ingin memaklumkan bahawa pada 12 Disember yang lepas, genaplah 4 bulan aku bersama si ‘dia’. Doakan kebahagian kami :)

Diharapkan kepada semua pembaca supaya tetap setia mengikuti blog yang tidak seberapa ini. Dan untuk makluman, sekiranya anda tidak boleh memasuki blog ini, adalah dimaklumkan bahawa domain Adzfar.com akan tamat pada hujung bulan Januari 2010. Aku akan membuat pembayaran dengan kadar segera supaya blog ini kekal dan boleh memberi maklumat kepada pembaca.

Sekian, terima kasih ;)