Skip to content

Posts tagged ‘Contest’

20
Jun

Bird Park @ IKANO II

Baru-baru ni aku turut serta di dalam suatu pertandingan Online Jigsaw Puzzle yang dianjurkan oleh pihak Ikano Power Centre. Hadiah harian merupakan satu set tiket (2 dewasa dan 2 kanak-kanak) untuk pergi ke KL Bird Park atau Taman Burung KL yang terletak di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Bird Park @ IKANO II

Pertandingan yang bermula pada 4 Jun dan berakhir pada 18 Jun ini mencari 5 pemain teratas yang berjaya mengumpulkan markah tertinggi untuk memenangi satu set tiket untuk pergi ke KL Bird Park.

Dan pada hari ini, 20 Jun 2010, aku dipanggil untuk memeriahkan majlis penutup Bird Park II @Ikano yang diadakan di pintu utama Ikano. Aku dipanggil untuk memasuki suatu lagi pertandingan di mana para pemenang teratas pada Online Jigsaw Puzzle dipanggil untuk bermain Jigsaw Puzzle di atas pentas.

Hadiah yang ditawarkan untuk Jigsaw Puzzle kali ini sangat menarik. Mana tidaknya, hadiah utama iaitu barangan KL Bird Park yang bernilai RM500 menjadi buruan aku. Malangnya, aku hanya mendapat hadiah saguhati yang merupakan sebuah mug dan juga satu set tiket ke KL Bird Park.

17
Jun

Limited Edition Nike Air Poster Giveaway

Nike Air Challenge

Sedang aku melawat laman web Streething, tiba-tiba terlihat pada sebuah entri terbaru yang disediakan oleh pihak Streething. Entri ini menarik perhatian aku kerana ada perkataan “Giveaway” di perakhiran ayatnya.

Jadi aku pun tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam peraduan ini. Peraduan atau giveaway ini mudah saja. Peserta perlu tahu kesemua lapan model kasut Nike yang dinyatakan di dalam peraduan ini. Petunjuk atau hint boleh dicari di Google.

Setelah anda dapat menjawab kesemuanya dengan tepat, anda perlulah mengisi butiran peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan dan alamat emel. Aku sudah pun menerima emel dari pihak Nike Singapura, malangnya, lokasi untuk mengambil poster edisi terhad ini terlalu jauh. Kepada sesiapa yang ada saudara-mara di Singapura, mungkin anda boleh memaklumkan peraduan ini kepada mereka. Ataupun, bolehlah memberikan butiran anda kepada saudara-mara untuk menjadi wakil (representative) mengambil hadiah anda.

Read moreRead more

15
Jun

Have Fun at Kuching

Ok diceritakan semula, pada 31 Mac yang lepas, aku diumumkan menjadi pemenang ketiga pada cabutan bertuah di dalam laman web MalaysiaPollster. Memang pada mulanya aku menjawab soalan survey di dalam web itu adalah untuk suka-suka dan memberikan idea yang logik berkenaan dengan soalan yang ditujukan. Namun tidak menjangkakan aku dipilih sebagai seorang pemenang bertuah, yang mana aku merupakan pemenang yang berasal dari negeri luar dari tanah Borneo.

Terima kasih aku ucapkan kepada Mr. Goh, iaitu IT Director syarikat berkenaan kerana memilih aku sebagai pemenang. Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

First Prize / Tempat Pertama
SEGi University Scholarship (Biasiswa Universiti SEGi)

Second Prize / Tempat Kedua
Dell Laptop Mini Computer (Komputer Riba Mini Dell)

Third Prize / Tempat Ketiga
Return Air Ticket KL / Kuching (Tiket Penerbangan Pergi & Balik KL / Kuching)

Apa-apa pun, aku ucapkan jutaan terima kasih buat Mr. Goh kerana melayan kerenah aku di dalam emel. Hadiah tiket penerbangan ini aku hadiahkan kepada seorang kenalan iaitu En. Zuhir. Semoga beliau berhibur dengan percutian ke Kuching pada hari Jumaat ini.

14
Jun

Let’s Fly To Medan with Firefly

Anda ada akaun twitter? Anda mempunyai pengikut dari Malaysia yang ramai di dalam akaun tersebut? Anda suka melancong? Anda suka aplikasi iPhone?

Pada 1 Jun lepas, aku menerima satu Direct Message (DM) di dalam akaun Twitter yang mengumumkan aku sebagai pemenang bertuah untuk peraduan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat pembina aplikasi untuk iPhone iaitu Terato Tech Sdn. Bhd.

Walaupun pada mulanya aku masih lagi ragu-ragu adakah benar aku memenangi hadiah sedemikian kerana pada mulanya aku tidak langsung mengingati peraduan manakah yang menawarkan hadiah 2 tiket penerbangan ke Medan, Indonesia. Selepas melihat akaun Twitter Terato Tech ini, barulah aku dapat tahu peraduan ini datangnya dari laman web tweetswin.com.

Di bawah merupakan screen shot dari laman web tweetswin.com:

Tweets Win

Alhamdulillah, walaupun tidak menjangkakan kemenangan ini, namun aku bersyukur kepada-Nya kerana masih memberikan tuah kepada aku. Dan kemungkinan besar, tiket ini akan aku hadiahkan kepada kakak aku, Noor Adzrah.

Sekali lagi, terima kasih kepada Terato Tech kerana memilih aku sebagai pemenang bertuah ini!

13
Jun

Gift Of Love

Bulan lepas, semasa sambutan Hari Ibu, aku telahpun menyertai sebuah pertandingan online di laman web myHorizon. Pertandingan yang menawarkan hadiah bernilai RM8888 itu bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dimenangi.

Aku menaruh harapan untuk membawa pulang hadiah saguhati kalau tidak pun. Alhamdulillah, selepas berita keputusan pertandingan ini disiarkan di internet, akhirnya terpampang juga nama aku. Walaupun bukan dikategori Grand Prize mahupun 1st, 2nd, 3rd, 4th & 5th Prizes, aku bersyukur kerana memenangi hadiah saguhati.

Di bawah merupakan screen shot yang telah aku buat di laman web myHorizon. Sila cari nama aku di bahagian Consolation Prize Winners:

myHorizon Mother's Day

Hadiah yang berjaya aku bawa pulang adalah:

  • Nissan Premium Merchandises
  • Sakae Sushi Gift Voucher
  • Sunway Pyramid Privilege Card
  • myHorizon Goodie Bag

Untuk hadiah Grand Prize dan juga tempat pertama, kedua, ketiga, keempat dan juga kelima, bolehlah rujuk pada gambar di bawah:

myHorizon Mother's Day Prizes

Dan sekarang waktu untuk tunggu hadiah ni sampai ke tangan aku. Ada sesiapa mahukan hadiah baucer Sakae Sushi? :)

8
Jun

Challenge Your Memory

Wowh! That’s my first winning from international contest for this month. Thank you a lot Kingston!

Below would be the print screen that I’ve captured from Kingston Blog. They informed that I’m the lucky one who’d won Kingston SDHC 16GB (Class 6) memory card.

Kingston - Challenge Your Memory

Read moreRead more

17
Apr

New Gadget Will Be Mine

Yahoo! Messenger Lifestyle Malaysia - Winners

Syukur alhamdulillah kerana aku dan Farah bakal menerima 2 buah gajet terbaru pada masa akan datang. Gajet itu datangnya dari peraduan Yahoo! Messenger yang sudah diumumkan pemenangnya pada 16 April lalu. Disebabkan tidak ramai yang menyertainya, aku dan Farah berpeluang memenangi hadiah pertama dan kedua. Hadiah pertama merupakan sebuah Apple iPod Touch 32GB manakala hadiah kedua adalah Apple iPod Nano 8GB. Untuk pengetahuan, aku dan Farah hanya menyertai kategori gambar saja, dan tiada pemenang bagi kategori video. Bagi maklumat lanjut, anda boleh layari laman web ini.

Pihak penganjur akan menghubungi kami berdua bagi memaklumkan penghantaran hadiah ke alamat rumah. Syukur alhamdulillah sekali lagi!

Yahoo! Messenger Lifestyle Malaysia - Prizes

8
Apr

Sunway Lagoon All-Parks Tickets

Contest Winner

Alhamdulillah, pulang saja aku dari Subang Parade untuk mengambil hadiah baucer MPH yang bernilai RM100, aku terima satu lagi emel mengatakan aku menang empat (4) tiket ke Sunway Lagoon di mana setiap tiket bernilai RM90. Selepas mendapat emel berkenaan, aku segera menghubungi Farah dan memberitahu beliau. Alangkah seronoknya apabila beliau begitu teruja setelah mendapat tahu aku menang tiket tersebut.

Win FREE All-Parks tickets for Family & Friends worth RM360!

Win FREE All-Parks tickets for Family & Friends worth RM360!

Bagi sesiapa yang mahu mencuba kreativiti untuk mencipta slogan bagi memenangi 4 tiket tersebut, anda bolehlah melayari laman web Vision KL di http://www.visionkl.com. Sebelum itu, anda dikehendaki untuk mendaftar sebagai ahli.

Dalam masa terdekat ini, insya Allah aku akan meluangkan masa bersama Farah di Sunway Lagoon. Guna tiket percumalah katakan :) :heart: :heart: :heart:

7
Apr

Nico Rosberg’s Signed Cap

Ungkapan “Terima Kasih” aku tujukan kepada Mr. Michael Yip kerana memilih aku sebagai salah seorang daripada lima orang bloggers yang berjaya memenangi topi yang ditandatangani oleh pelumba kereta Formula 1 iaitu Nico Rosberg.

Topi yang aku menangi ini sudah tentu sangat bernilai kerana menurut Mr. Michael Yip, beliau telah menyediakan sepuluh buah topi untuk ditandatangani oleh Nico Rosberg. Lima daripada sepuluh topi berkenaan disimpan oleh beliau sendiri manakala lima lagi diberikan kepada pemenang yang berjaya menjadi lima orang terawal membuat sebuah entri mengenai Nico Rosberg dan memberi komen di laman blognya iaitu Mikeyip.com.

Gambar topi berikut adalah seperti di bawah:

Nico Rosberg's Signed Cap