Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Minggu lepas aku dapat satu surat dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Dalam surat itu, disenaraikan sekali jawatan-jawatan yang telah aku mohon di dalam sektor awam atau kerajaan. Aku tidak boleh ingat kembali saat atau detik bila aku memohon kerja di sektor awam ini.
Di dalam surat itu, terdapat 3 jawatan yang aku mohon dan telah dimasukkan ke dalam rekod atau data SPA. Pilihan pertama aku adalah JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17 diikuti dengan PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29 dan PEMBANTU TEKNIK (AWAM) GRED J29.
Walaupun aku hanya berkelulusan Diploma in Technology (Telecommunication Engineering), aku berharap jawatan yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan apa yang telah aku tuntut di kolej dahulu.
Bagaimanapun, agak berat rasanya untuk memohon pekerjaan baru, tapi itulah impian aku. Impian aku untuk mengejar cita-cita sebagai seorang yang berkarier cemerlang. Tapi buat masa ini, aku lebih suka dengan persekitaran tempat kerja di Bukit Jelutong itu. Insya Allah kalau aku ditentukan untuk kerja lebih lama di sana, aku akan teruskan perjuangan aku sebagai seorang yang telah meningkat dewasa dan mempunyai tanggungjawab ke atas diri sendiri serta kedua orang tua aku.
Yang semakin dewasa,










klu dew lagi bek ok gak! joegrimjow[Quote]
nak tanya sikit, tajuk lagu blog ni aper yeh hehe
salam pengunjung baru! Richeal Phil @ Ritz[Quote]
@joegrimjow
tu la.. tgh mencari2 gak nie :) Adzƒar[Quote]
lol. kat bawah player dinyatakan tajuk lagu Adzƒar[Quote]
wah, takpa la…semua yang ko minta sama ng aku dlu. semua dipanggil interview. tp aku tak pegi, sebab aku tgh study kat unimap time tu. huhu, rugi jerk. ades… mohdisa[Quote]
aku mintak spa gak..cuak gila interviewer.kena provoke abis. dartdadada[Quote]
@mohdisa
ahaha. Adzƒar[Quote]
ko provoke dia ke ape dart? :shock: Adzƒar[Quote]
good luck! :D julietANNA[Quote]
@Adzƒar
haha…suka yerk ko…ades…nnt ssh aku nak minta keje kan…maklum la…gawat lg. mohdisa[Quote]
@mohdisa
ala, ko kan byk pengalaman belajar, confirm senang je dapat kerja nnt. Adzƒar[Quote]
salam..
gila la aiman,ko xnk ke keja br tu?mst gaji gl bsr kan..kerajaan lak tu..nnt bleh ada pencen..pk la msk2 ea..aku taw ko bleh sesuaikan dir ko..
pape pun,gudluck klu nak keja baru tu..slmt menyesuaikan diri..kalau jadi lah,sj wish awal2..hahaha..
wey,tfa da pvt kan blog dia la..ko dpt akses x?x dpt nak komen blog dia..haih.. nopx[Quote]
@nopx
errr, aku tak dapat lagi la kerja gov ni. still kat IBIL lagi..
pasal tipah tu aku tataw…
ko tanya la dia kat ym Adzƒar[Quote]
UTM baru tutup permohonan 25mei lepas.
ada mohon? Nuyul[Quote]
@Nuyul
err.. tak mohon pun. minat nak belajar dah xde.. Adzƒar[Quote]
ahaks..
ape psal mcm same je ape yg ko apply 2 dgn aku..
aku xmo satu ofis dgn ko nnt..
haha
:-P meor[Quote]
hahaha cam haram. aku pun xnak satu ofis dgn ko la. x kerja aku nnt. ahah Adzƒar[Quote]