S&J Sunway Pyramid
Baucar RM50 yang aku menang beberapa bulan yang lalu aku gunakan untuk membeli sesuatu yang istimewa buat insan tersayang, Farah. Pagi tadi, seawal jam 11 pagi, aku dan Arif pergi ke kedai cenderamata yang terletak di Sunway Pyramid untuk menebus baucar RM50 berkenaan. Nama kedai berikut adalah S&J.
Aku gunakan baucar berkenaan untuk membeli beberapa barang yang tiba-tiba terdetik dihati aku. Barang berkenaan aku tidak boleh nyatakan di sini kerana aku mahu membuat kejutan untuk Farah. Hampir setengah jam untuk aku memilih barang atau perkakasan bagi membuat hadiah berkenaan. Ini kerana bukannya satu barang sahaja yang aku beli, boleh dikatakan lebih daripada 10 barang. Daripada barang-barang berkenaan, aku dan Arif mendapat idea untuk membuat satu hadiah custom yang mana jarang dilakukan oleh pasangan lain.
Terima kasih buat Arif kerana menemani aku untuk pergi ke Sunway Pyramid dan menyumbangkan tenaga untuk membuat hadiah berkenaan. Malam tadi, aku menelefon Farah dan memberitahu satu klu atau pembayang bagi hadiah yang akan aku berikan kepadanya. Klu berkenaan adalah “barang itu mudah pecah dan perlu dijaga dengan cermat“.
Farah seperti tidak dapat menjangkakan hadiah berkenaan. Jadi, tunggulah 12 haribulan ini kerana kemungkinan aku akan membuat sebuah lagi entri di mana kali ini aku akan memuat naik gambar hadiah berkenaan. Terima kasih 










































































































































































































Recent Comments