Skip to content

January 17, 2010

3

Searching & Seeking

Entah mengapa hari ini aku dapat rasakan sesuatu yang lain seperti hari-hari sebelumnya. Hari ini, hari Ahad bersamaan 17hb Januari 2010. Macam ada sesuatu yang tidak kena dengan tarikh terbabit. Namun aku cuba untuk mengelak daripada melakukan sesuatu. Mungkinkah fobia? Entahlah. Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui.

Hari ini juga aku sudah mula bercuti. Pulang dari kerja seawal jam 8.20 pagi, terus aku menelefon kekasih hati, Farah Atiqah. Beliau yang masih tidur hanya menjawab dengan nada tidak terdaya. Namun aku tidak memanjangkan perbualan kami di telefon kerana aku tidak mahu mengganggu waktu tidurnya.

Kemudian aku masuk ke bilik untuk menaip blog ini sambil melihat skrin telefon bimbit Celcom ku. Ada satu SMS, namun aku anggap macam tiada apa-apa pernah berlaku. Ya Allah ya Tuhanku, Engkau tabahkan hamba-Mu ini. Aminnn.

Read more from Writing
3 Comments Post a comment
  1. Jan 17 2010

    asal kau  [Quote]

  2. Jan 17 2010

    @tfa
    hmm, tak pape la tipah… perasaan aku je  [Quote]

  3. fatin
    Jan 22 2010

    u made me curious~
    wat happened act??  [Quote]

Share your thoughts, post a comment.

(required)
(required)

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments