Have Fun at Kuching
Ok diceritakan semula, pada 31 Mac yang lepas, aku diumumkan menjadi pemenang ketiga pada cabutan bertuah di dalam laman web MalaysiaPollster. Memang pada mulanya aku menjawab soalan survey di dalam web itu adalah untuk suka-suka dan memberikan idea yang logik berkenaan dengan soalan yang ditujukan. Namun tidak menjangkakan aku dipilih sebagai seorang pemenang bertuah, yang mana aku merupakan pemenang yang berasal dari negeri luar dari tanah Borneo.
Terima kasih aku ucapkan kepada Mr. Goh, iaitu IT Director syarikat berkenaan kerana memilih aku sebagai pemenang. Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:
First Prize / Tempat Pertama
SEGi University Scholarship (Biasiswa Universiti SEGi)
Second Prize / Tempat Kedua
Dell Laptop Mini Computer (Komputer Riba Mini Dell)
Third Prize / Tempat Ketiga
Return Air Ticket KL / Kuching (Tiket Penerbangan Pergi & Balik KL / Kuching)
Apa-apa pun, aku ucapkan jutaan terima kasih buat Mr. Goh kerana melayan kerenah aku di dalam emel. Hadiah tiket penerbangan ini aku hadiahkan kepada seorang kenalan iaitu En. Zuhir. Semoga beliau berhibur dengan percutian ke Kuching pada hari Jumaat ini.
Let’s Fly To Medan with Firefly

Anda ada akaun twitter? Anda mempunyai pengikut dari Malaysia yang ramai di dalam akaun tersebut? Anda suka melancong? Anda suka aplikasi iPhone?
Pada 1 Jun lepas, aku menerima satu Direct Message (DM) di dalam akaun Twitter yang mengumumkan aku sebagai pemenang bertuah untuk peraduan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat pembina aplikasi untuk iPhone iaitu Terato Tech Sdn. Bhd.
Walaupun pada mulanya aku masih lagi ragu-ragu adakah benar aku memenangi hadiah sedemikian kerana pada mulanya aku tidak langsung mengingati peraduan manakah yang menawarkan hadiah 2 tiket penerbangan ke Medan, Indonesia. Selepas melihat akaun Twitter Terato Tech ini, barulah aku dapat tahu peraduan ini datangnya dari laman web tweetswin.com.
Di bawah merupakan screen shot dari laman web tweetswin.com:
Alhamdulillah, walaupun tidak menjangkakan kemenangan ini, namun aku bersyukur kepada-Nya kerana masih memberikan tuah kepada aku. Dan kemungkinan besar, tiket ini akan aku hadiahkan kepada kakak aku, Noor Adzrah.
Sekali lagi, terima kasih kepada Terato Tech kerana memilih aku sebagai pemenang bertuah ini!
Gift Of Love
Bulan lepas, semasa sambutan Hari Ibu, aku telahpun menyertai sebuah pertandingan online di laman web myHorizon. Pertandingan yang menawarkan hadiah bernilai RM8888 itu bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dimenangi.
Aku menaruh harapan untuk membawa pulang hadiah saguhati kalau tidak pun. Alhamdulillah, selepas berita keputusan pertandingan ini disiarkan di internet, akhirnya terpampang juga nama aku. Walaupun bukan dikategori Grand Prize mahupun 1st, 2nd, 3rd, 4th & 5th Prizes, aku bersyukur kerana memenangi hadiah saguhati.
Di bawah merupakan screen shot yang telah aku buat di laman web myHorizon. Sila cari nama aku di bahagian Consolation Prize Winners:
Hadiah yang berjaya aku bawa pulang adalah:
- Nissan Premium Merchandises
- Sakae Sushi Gift Voucher
- Sunway Pyramid Privilege Card
- myHorizon Goodie Bag
Untuk hadiah Grand Prize dan juga tempat pertama, kedua, ketiga, keempat dan juga kelima, bolehlah rujuk pada gambar di bawah:
Dan sekarang waktu untuk tunggu hadiah ni sampai ke tangan aku. Ada sesiapa mahukan hadiah baucer Sakae Sushi? :)
Lomography Spinner 360


The new Spinner 360° is a panoramic lomography camera that captures full 360° landscape pictures with the signature lomo lo-fi effect. It works by pulling the cord on the handle to spin the camera 360 around its axis to record a frame that is 4-times longer than conventional landscape pictures.
The camera is fitted with a 25mm fixed focus lens and has a shutter speed equivalent to 1/125 – 1/250 second. It also has two aperture settings, f/8 and f/16, for both indoor and outdoor shooting.
Check out some of the beta shots below by hardcore lomography enthusiasts and log on to the dedicated microsite for more info.
The Lomography Spinner 360° is priced at EUR125 and is available to purchase at the Lomography online store.
Source: via Streething @ NEWS: Lomography Spinner 360°
New Theme Installed
Alhamdulillah, berjaya juga aku menukar tema di dalam blog ini. Mungkin sedikit kekeliruan semasa menggunakan tema baru ini. Dan aku dalam proses membaik pulih pada halaman tertentu supaya senang pembaca blog ini membaca setiap entri yang ada. Maaf di atas kesulitan yang dialami.
Terima kasih kerana terus bersama blog aku yang semakin menurun bilangan pembacanya.
What The?
Aku tak faham, dua tiga hari yang lepas, blog aku ni tiba-tiba kehilangan blog posts. Aku ingatkan ada sesuatu yang tak kena pada hosting, tapi apabila aku check, boleh je login masuk hosting.
Haish, adakah laman blog aku ni telah di godam atau hack oleh insan yang tidak bertauliah? Aku buat salah ke dalam blog ni?
I love Mooks!
Ho-yeah! Akhirnya niat untuk membeli sehelai t-shirt Mooks (sila lihat entri ini untuk lebih lanjut) aku tunaikan juga. Di atas merupakan gambar baju yang aku beli baru-baru ini di Mooks, Pavilion KL.
Dan tak lupa, sekarang aku sudah ada 2 helai t-shirt Mooks. Satu lagi seperti di bawah ini:
Insya Allah pada bulan hadapan, niat untuk membeli sehelai lagi baju Mooks masih lagi ada. Jikalau duit gaji masuk banyak pada bulan Jun ini, aku akan tunaikan niat aku.
Challenge Your Memory
Wowh! That’s my first winning from international contest for this month. Thank you a lot Kingston!
Below would be the print screen that I’ve captured from Kingston Blog. They informed that I’m the lucky one who’d won Kingston SDHC 16GB (Class 6) memory card.













