Skip to content

October 7, 2009

4

Kisah Minyak Wangi

Alhamdulillah, syukur aku kepada Tuhan sebab memberikan aku rezeki sekali lagi. Petang tadi, selepas penat aku keluar untuk pergi ke kolej yang terletak di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dan kemudiannya aku terus pergi ke e@Curve, Mutiara Damansara untuk mengambil hadiah peraduan Orphan, aku terlena kerana mahu merehatkan badan. Dalam lebih kurang satu jam aku tidur, aku terjaga.

Seperti kebiasaannya, aku terus menekan butang yang terdapat pada CPU komputer aku kemudiannya aku membuka emel Adzfar.com. Alhamdulillah, aku menerima sebuah emel dari pihak Star Publications (M) Bhd atau The Star yang memberitahu bahawa aku terpilih sebagai salah seorang daripada 15 orang pemenang di dalam peraduan Sa Sa Fragrance Fair & Awards 2009. Hadiah yang aku menangi itu adalah merupakan sebotol minyak wangi atau perfume daripada senarai yang terpilih pada halaman ini: Sa Sa Fragrance Nominees.

Aku teruja apabila menerima emel berkenaan dan terus meminta pendapat dari seorang rakan aku iaitu Adli. Dia memberikan pendapat supaya aku memilih minyak wangi berjenama Hugo Boss iaitu Boss Bottle No:6 (lihat gambar di bawah):

Hadiah minyak wangi ini aku boleh ambil pada minggu hadapan di ibu pejabat The Star. Terima kasih kepada pihak The Star dan juga Sa Sa kerana memilih aku sebagai salah seorang pemenang di dalam pertandingan ini :)

Read more from Writing
4 Comments Post a comment
  1. Oct 8 2009

    YA ALLAH!
    Asal la bertuah sangat ea?
    slalu dapat adiah.
    org masuk kontes pape xdpt pon! :(  [Quote]

  2. Oct 8 2009

    @Sara
    hehe, kena rajin la sara.
    jgn cepat putus asa ;)  [Quote]

  3. Oct 9 2009

    ades, jelesnya aku…huh  [Quote]

  4. Oct 31 2009

    setan kuat sgt !  [Quote]

Share your thoughts, post a comment.

(required)
(required)

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments