Home > Writing > HP FINEST Roadshow - Everyone’s invited

HP FINEST Roadshow - Everyone’s invited

HP FINEST Roadshow - Everyone's invited

HP FINEST Roadshow - Everyone's invited

Fuh, terasa penat semalam apabila aku bersusah payah dari rumah ke One Utama Shopping Complex semata-mata untuk menghadiri majlis jalanan (roadshow) yang dianjurkan oleh HP. Dalam cuaca hujan yang pada mulanya turun secara ‘manja’, tiba-tiba ‘badai’ melanda. Sudahlah tayar motorsikal aku tidak seberapa berbunga lagi membuatkan aku terpaksa membonceng lebih berhati-hati.

Aku sampai di parking One Utama pada pukul 4.20 petang (agak-agak saja). Lalu aku terus memasuki ruang legar kompleks membeli-belah berkenaan dalam keadaan kebasahan kerana aku sempat mandi hujan ketika menuju ke pintu hadapan bangunan terbabit. Kemudiannya, aku menuju ke roadshow yang betul-betul berhadapan dengan butik FCUK. Pada mulanya aku agak kebingungan kerana pelanggan di roadshow berkenaan tidak sebegitu ramai. Namun, aku cuba mendapatkan seorang promoter untuk bertanyakan mengenai penebusan atau redeem barangan eksklusif daripada HP dan beliau memberitahu kepada aku bahawa kaunter penebusan terletak di bahagian depan.

Aku berjalan meninggalkan promoter berkenaan dan kini mata aku tertumpu kepada sebuah papan tanda “REDEMPTION COUNTER“. Di sana, terdapat empat orang promoter sedang menunggu pelanggan yang ingin menebus barangan eksklusif daripada HP. Aku memberikan tiga e-mel yang telah dicetak dan turut dibawa untuk proses cabutan bertuah. Seorang promoter lelaki mengangkat sebuah balang kaca yang mana di dalamnya terdapat beberapa biji bola pingpong. Setiap bola pingpong berkenaan telah dituliskan nombor tertentu untuk mewakili barangan eksklusif yang bakal diperolehi oleh pelanggan.

Promoter berkenaan memberi aku peluang untuk mengambil tiga biji bola pingpong yang terdapat di dalam balang kaca berkenaan. Keputusannya, aku mendapat dua biji bola pingpong bernomborkan 6 dan sebiji bola pingpong bernomborkan 2. Bagi bola pingpong bernombor 6, barangan eksklusif yang berjaya aku perolehi adalah dua buah cawan plastik dan dua batang pen HP. Manakala bagi bola pingpong bernombor 2, barangan eksklusif yang aku perolehi adalah sebuah botol air (mungkin edisi terhad) dan juga sebatang pen HP. Aku tidak sempat untuk memandang barangan-barangan eksklusif lain yang terdapat di roadshow berkenaan kerana aku tidak mahu membazirkan masa di situ.

Kesimpulannya, bagi sesiapa yang mahu mendapatkan barangan eksklusif daripada HP ini, bolehlah melawat laman web Facebook mereka di www.facebook.com/personalagain. Sebelum itu, anda diingatkan supaya menjadi peminat atau fan bagi laman web berkenaan dan kemudiannya barulah boleh mendaftarkan diri untuk menerima barangan eksklusif.

HP FINEST Roadshow schedule

HP FINEST Roadshow schedule

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web berikut: http://www.facebook.com/personalagain?v=app_10339498918#roadshow




Categories: Writing Tags: Share/Save/Bookmark
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.


SmileBig SmileGrinLaughLOLFrownBig FrownWinkKissRazzAngelAngryReally AngryConfusedNeutralThinkingChicCoolNerdSillyDrunken RazzMad RazzEvil GrinMeanPissed OffReally PissedCurseShoutGrit TeethCryWeepSide FrownWiltSmugDisdainRoll EyesSarcasmLoserTalk to the HandShyBeat UpPainShameBeautyBlushCuteLashesKissingKiss BlowKissedHeh!SmirkSnickerGiggleIn LoveDroolEek!ShockSickSuspenseTrembleDazedHypnotizedFoot in MouthMoney MouthQuietShut MouthDOH!IDKQuestionLyingStruggleSweatStopByeGo AwayWavingTime OutCall MeOn the PhoneMeetingSecretHandshakeHigh FiveHug LeftHug RightClapDanceJumpFingers CrossedVictoryYawnSleepyPrayWorshipWaitingAlienClownCowboyCyclopsDevilDoctorFemale FighterMale FighterMohawkMusicPartyPirateSkywalkerSnowmanSoldierGhostSkeletonEatStarvingVampireZombie KillerBunnyCatCat 2ChickChickenChicken 2CowCow 2DogDog 2DuckGoatHippoKoalaLionMonkeyMonkey 2MousePandaPigPig 2SheepSheep 2ReindeerSnailTigerTurtleFemaleMaleHeartBroken HeartRoseDead RosePeaceYin YangUS FlagMoonStarSunCloudyRainThunderUmbrellaRainbowMusic NoteYesNoAirplaneCarIslandAnnouncebrbBeerDrinkLiquorCakeCoffeePizzaWatermelonBowlPlateCanMailCellPhoneCameraFilmTVClockLampSearchCoinsComputerConsolePresentSoccerCloverPumpkinBombHammerKnifeHandcuffsPillPoopCigarette