Festival Belon Panas
Perghh… Perasaan ingin melihat sendiri belon panas di depan mata memang ada. Baru-baru ini, aku membaca pelbagai artikel yang mempromosikan festival belon panas yang diadakan di Putrajaya bermula dari 18 sehinggalah 21 Mac ini. Tetapi berpeluangkah aku untuk melihatnya?
Almaklumlah, pada 18 dan 19 Mac, aku berkerja pada waktu siang, manakala pada 20 Mac pula, ada kenduri Aqiqah di rumah aku ini. Cuti telahpun aku mohon. Cuma belum diberikan lagi borang cuti kepada boss. Cuma tinggal hari Ahad iaitu 21 Mac, sekali lagi aku bertanya di dalam hati, BERPELUANGKAH aku?
Kamera-kamera LOMO aku seperti dahagakan kasih sayang. Sudah lama aku tidak memberi sepenuh perhatian kepada ‘mereka’. Petang tadi, aku menyatakan kehendak aku ini kepada dua orang yang aku kenali. Pertamanya kepada Haliq dan keduanya kepada kakak aku sendiri.
Iskkk.. Tolonglah bawa aku pergi melihat festival ini.







wahh..i undrstnd how ur feel coz i really3x want 2 go 2..\(^0^)/ F.vintage[Quote]