Entri Khas Untuk Seorang Cikgu
Haha! Entri kali ni aku buatkan khas untuk seorang cikgu sekolah rendah aku iaitu Encik Borhanuddin bin Saaid. Cikgu ni mendidik aku pelbagai erti kehidupan. Terutama sekali dia memberikan pengajaran dan pendidikan yang betul sehingga aku berjaya meneruskan kehidupan sebagai seorang insan.
Oh lupa, entri ni aku buat sekadar untuk berkongsi pengalaman aku dibangku sekolah rendah dahulu kala. Aku ceritakan dari tahun 1999, di mana ketika itu aku berada di dalam tahun 5 Mawar (kalau tak silaplah). Kelas ini didiami oleh kebanyakan pelajar cerdik termasuklah aku yang serba-serbi cerdik pada sekolah rendah dahulu.
Pada suatu hari, aku diarahkan oleh cikgu kelas aku yang bernama Encik Zamry. Beliau meminta aku untuk pergi ke kelas tahun 6 Melor bagi mengambil bukunya yang tertinggal semasa sessi pembelajaran di kelas tahun 6 berkenaan. Aku pada ketika itu memberanikan diri untuk pergi. Kenapa aku memberanikan diri? Sebabnya aku sudah dengar suara Cikgu Borhan atau lebih dikenali dengan nama glamor beliau, Cikgu Bob ini menjerit-jerit. Mungkin panas barannya telah datang semasa berada di dalam kelas tahun 6 itu.
Apabila aku berada di hadapan kelas itu, aku mengetuk pintu kayu sambil memberi salam dengan nada perlahan lalu masuk dengan muka selamba. Pada ketika itu, Cikgu Bob ini masih lagi dalam keadaan ‘panas’. Tiba-tiba, hinggaplah penampar yang boleh menggegarkan kepala otak aku ini.
“Ouchhhh!“, aku memegang pipi yang ditampar tadi.
“Kamu tahu tak adab masuk ke dalam kelas orang?“, Cikgu Bob bertanya aku dengan nada suara yang tinggi.
Klik untuk membaca lebih lanjut –> Aku cuma terdiam seketika di situ kerana tidak tahu di manakah salah yang telah aku buat sehingga beliau begitu memarahi diri aku ini.
“Keluar balik dan masuk dengan memberi salam”, Cikgu Bob meminta aku berbuat sedemikian. Aku keluar dari kelas berkenaan dan berdiri di muka pintu kelas itu. Kemudiannya aku memberi salam dan mengetuk pintu lalu masuk semula. Kali ini dengan lantasnya hinggap sebuah lagi penampar dari Cikgu Bob. Penampar beliau bukannya calang-calang, boleh aku katakan, memang merah pipi apabila kena penampar dari tangan seorang lelaki bergelar cikgu ini.
“Ada cikgu suruh kamu masuk?“, kata Cikgu Bob.
Aku cuma menggeleng-gelengkan kepala sahaja. Dengan perasaan tidak boleh dikawal lagi, aku mengalirkan air mata di hadapan pelajar tahun 6 yang berada di dalam kelas berkenaan. Begitu sakit pipi aku apabila menerima dua penampar dari Cikgu Bob. Selepas itu, aku melakukan semula perbuatan tersebut. Tapi kali ini, aku menunggu Cikgu Bob menyuruh aku masuk ke dalam kelas itu, barulah aku melangkah masuk.
“Kamu nak apa?“, soalnya.
“Saya datang untuk ambil buku nota Cikgu Zam. Katanya dia tertinggal buku di atas meja“, jelas aku kepada Cikgu Bob dengan nada suara teresak-esak kerana menangis.
“Haaa, lain kali beradab sikit bila hendak masuk ke dalam kelas orang“, Cikgu Bob sempat memberi kata-kata yang membuatkan aku ingat sehingga sekarang.
Ini bukanlah kali pertama dan terakhir aku ditampar olehnya. Pada tahun 2000, merupakan tahun terakhir aku di Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh (SKSB), aku berjaya mengekalkan prestasi pelajaran aku dan melayakkan aku menduduki kelas pertama iaitu Tahun 6 Mawar. Tahun ini pelbagai cara pendidikan yang aku terima daripada Cikgu Bob kerana beliau merupakan guru kelas aku pada ketika itu. Walaupun kesakitan yang aku terima darinya masih lagi aku ingat, namun perasaan dendam atau marah itu tidak pernah ada sama sekali. Dan aku tidak pernah memberitahu keluarga aku tentang kesakitan aku alami kerana aku tahu jika aku tidak membuat kesilapan, maka tiadalah rotan, tampar atau sebagainya pada diri aku. Aku bersyukur kerana dengan adanya Cikgu Bob ini, aku banyak mempelajari erti kehidupan. Tidak seperti zaman moden sekarang ini, jika ada antara adik-adik kita yang dirotan atau ditampar cikgunya, mulalah ibu bapa akan berleter pada pihak sekolah. Sejujurnya aku katakan, cikgu merupakan insan yang paling berjaya untuk membentuk diri kita. Harapkan ibu bapa, pendidikan di rumah sahaja yang mereka tumpukan kerana kebanyakan ibu bapa sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Aku rasa entri ini sampai di sini sahaja kerana aku tidak mahu pembaca serta pengikut blog ini bosan membaca entri yang sebegitu panjang. Di bawah ni aku sediakan gambar kelas di mana yang berada di tengah-tengah gambar ini adalah Cikgu Bob. HAHA! Korang lihatlah mukanya yang ‘bengis‘ tu :P








Ouchh, memang sakit kena penampar. Aku pun nyaris2 makan penampar Cikgu Bob – tapi sempat mengelak. Byk kali mengelak. Last2 dia pukul pakai pembaris panjang semeter tu.
Kalau aku jadi ko, kali kedua dia suruh aku keluar… aku blah terus. Biar padan muka dia (hehe!) Suruh Cikgu Zamry ko tu dtg, ambil buku dia tu sendiri. Sebab buku tu, tak pasal2 berpijar pipi ko. Chill out! Adzrah[Quote]
@Adzrah
eh akak aku komen lah. wakakakakka!
dah biasa sangat kena rotan + penampar dari cikgu bengis nie..
aku siap buat wall post kat facebook dia. ahaha! tapi ape2 pun, cikgu ni still nampak muda walaupun dah agak berumur. huhu Adzƒar[Quote]
Slm Adzfar,Cikgu di atas perlukan rawatan psikatri dengan segera.Patutnya tiada tempat untuk individu seperti dia mengajar.Ini satu penderaan,bukan pengajaran. pr[Quote]
@pr
maaf. anda mungkin tersalah tafsir. ada kebaikan disebalik ‘penderaan’ yang anda cuba katakan. Adzƒar[Quote]
sakittttttttttttttttttttttttt
:rainbow: :rainbow: :rainbow: :rainbow: Tfa[Quote]