Damn, Peningnya Kepala Aku
Haish, aku tidur agak awal semalam. Pulang saja dari pejabat, aku terus berbaringan di atas katil sambil memicit-micit kepala yang pening-pening lalat ini. Tidak lama selepas itu, aku mendapatkan sebiji Panadol 650 (bukan jenama Paracetamol ye) yang terletak di atas meja komputer aku. Sambil menelan ubat menahan sakit itu, aku meneguk air yang turut terdapat di atas meja komputer aku ini.
Sesudah menelan ubat, aku berbaring semula sambil menaip beberapa SMS kepada orang tersayang, Farah. Aku mengatakan hasrat untuk berehat dan tidur awal pada hari ini (malam tadi) kerana aku tidak larat. Dia memahami ‘derita’ yang sedang aku hadapi dan meminta supaya aku merehatkan diri.
Lebih kurang 10-15 minit, aku terlena. Tetapi, pada jam 11 malam, aku dikejutkan dengan beberapa panggilan oleh seorang teman baik aku iaitu Afif. Aduh, dalam keadaan mamai, aku melihat ke arah skrin telefon bimbit Motorola aku.
“Alamak, petang tadi Afif ada bagi tahu nak datang rumah aku!“, bisik hati aku.
Aku membiarkan sahaja panggilan Afif kerana aku tidak larat untuk berbual pada ketika itu.
Lebih kurang jam 5 pagi, aku terjaga dari lena. Wowh, agak lama aku tidur! Kini, pening kepala telah tiada lagi. Dan aku ingat pada hari ini aku mahu pergi ke One Utama Shopping Complex kerana ada roadshow HP (Hewlett-Packard) dan aku mahu mengambil seberapa banyak goodies bag di sana! Fuh, nasib baiklah hari ini aku masuk kerja malam. Huuu~










































































































































































































Recent Comments