Skip to content

Posts from the ‘Writing’ Category

21
Jun

It’s June 21st

Hari ni sudah 21hb Jun 2010. Menandakan cuti sekolah pada awal bulan Jun lepas telah berlalu. Sesi persekolahan telahpun bermula seperti biasa. Yang pastinya, jalan raya pasti akan sesak dengan kenderaan bermotor.

Suatu lagi perkara yang aku tidak suka, apabila kekasih hati menyambung semula sesi pembelajaran di Port Dickson. Bermakna, selepas ini jaranglah untuk kami berjumpa. Mungkin dua minggu sekali. Itu pun kena tunggu aku bebas dari belenggu kerja di hujung minggu.

Aku berharap, biarlah masa bergerak dengan sepantas yang mungkin dan meninggalkan pelbagai memori menarik di dalam diri aku. Oh tidak lupa juga, esok 22hb Jun, bermakna atau menandakan sebulan lagi masa sebelum tibanya hari kelahiran aku yang ke-22 tahun. Rasa berdebar-debar pasti ada kerana aku merancangkan sesuatu pada 22hb Julai akan datang.

Insya Allah aku akan sentiasa mengemaskini blog dalam masa sebulan ini. “Dup dap, dup dap!

20
Jun

Bird Park @ IKANO II

Baru-baru ni aku turut serta di dalam suatu pertandingan Online Jigsaw Puzzle yang dianjurkan oleh pihak Ikano Power Centre. Hadiah harian merupakan satu set tiket (2 dewasa dan 2 kanak-kanak) untuk pergi ke KL Bird Park atau Taman Burung KL yang terletak di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Bird Park @ IKANO II

Pertandingan yang bermula pada 4 Jun dan berakhir pada 18 Jun ini mencari 5 pemain teratas yang berjaya mengumpulkan markah tertinggi untuk memenangi satu set tiket untuk pergi ke KL Bird Park.

Dan pada hari ini, 20 Jun 2010, aku dipanggil untuk memeriahkan majlis penutup Bird Park II @Ikano yang diadakan di pintu utama Ikano. Aku dipanggil untuk memasuki suatu lagi pertandingan di mana para pemenang teratas pada Online Jigsaw Puzzle dipanggil untuk bermain Jigsaw Puzzle di atas pentas.

Hadiah yang ditawarkan untuk Jigsaw Puzzle kali ini sangat menarik. Mana tidaknya, hadiah utama iaitu barangan KL Bird Park yang bernilai RM500 menjadi buruan aku. Malangnya, aku hanya mendapat hadiah saguhati yang merupakan sebuah mug dan juga satu set tiket ke KL Bird Park.

18
Jun

Trip Nike SB Italy Team to Bangkok, Thailand

Bagi aku, video ni terlalu menarik untuk ditonton. Selain daripada keindahan alam tanah Thai ini, pelbagai tempat menakjubkan dapat dilihat.

Source: Streething

17
Jun

Limited Edition Nike Air Poster Giveaway

Nike Air Challenge

Sedang aku melawat laman web Streething, tiba-tiba terlihat pada sebuah entri terbaru yang disediakan oleh pihak Streething. Entri ini menarik perhatian aku kerana ada perkataan “Giveaway” di perakhiran ayatnya.

Jadi aku pun tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam peraduan ini. Peraduan atau giveaway ini mudah saja. Peserta perlu tahu kesemua lapan model kasut Nike yang dinyatakan di dalam peraduan ini. Petunjuk atau hint boleh dicari di Google.

Setelah anda dapat menjawab kesemuanya dengan tepat, anda perlulah mengisi butiran peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan dan alamat emel. Aku sudah pun menerima emel dari pihak Nike Singapura, malangnya, lokasi untuk mengambil poster edisi terhad ini terlalu jauh. Kepada sesiapa yang ada saudara-mara di Singapura, mungkin anda boleh memaklumkan peraduan ini kepada mereka. Ataupun, bolehlah memberikan butiran anda kepada saudara-mara untuk menjadi wakil (representative) mengambil hadiah anda.

Read moreRead more

17
Jun

Happy Birthday Noor Adzrah!

Sedang aku leka menonton perlawanan Piala Dunia, aku hampir terlupa bahawa tanggal 17 Jun adalah merupakan hari ulangtahun kelahiran kakak aku iaitu Noor Adzrah. Nasib baik aku sudah pun set alarm awal-awal untuk tidak lupa mengucap “Selamat Hari Lahir”. Di dalam blog juga, aku mengambil kesempatan membuat entri ini untuk beliau.

Selamat Hari Lahir yang ke-29 tahun buat kakak aku iaitu Noor Adzrah binti Ramle. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki serta dilimpahkan kebahagiaan untuk anda sekeluarga.

Aku pula masih lagi menunggu sebulan lebih untuk menyambut hari lahir yang ke-22 tahun. Huish! Makin tua pula rasanya.

16
Jun

Pavilion Kuala Lumpur

Diceritakan, pada 3 Jun yang lepas aku dan Farah telah pergi ke Pavilion Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Bukit Bintang untuk membeli barang keperluan aku iaitu baju Mooks. Memang cadangan untuk pergi sudah lama dibuat, tetapi memandangkan aku yang sibuk dengan kerja, barulah ke hari tersebut dapat meluangkan masa di Pavilion.

Aku bergerak dari rumah dalam jam 1 petang dan sampai di pusat membeli-belah terkemuka itu lebih kurang jam 1.45 petang. Setibanya di sana, kami terus menaiki escalator dari tingkat bawah sampailah di hadapan Tangs. Disebabkan aku telah lama tidak menjejakkan kaki, maka perasaan jakun mula terpancar. Kedudukan kedai di dalam Pavilion juga aku semakin lupa. Seperti orang asing apabila aku berada di dalam Pavilion itu.

Farah mengatakan bahawa beliau sudah mulai lapar. Beliau meminta untuk menemaninya makan di KFC. Aku turutkan saja. Oh lupa, pada hari tersebut, aku masih lagi demam dan kurang sihat. Sempat juga kami berdua singgah di farmasi Watsons untuk membeli ubat batuk dan juga Tiger Balm bagi melegakan penyakit aku pada ketika itu.

Selesai menjamu nasi berlaukkan ayam di KFC, aku mengajak Farah untuk menemani aku pergi ke butik Mooks yang terletak selaras dengan butik Paul Frank. Sempat juga aku mengambil gambar Farah ketika berjalan menuju ke butik Mooks. Apabila masuk sahaja butik Mooks, mata aku tertumpu pada baju edisi World Cup seperti yang aku nyatakan pada entri sebelum ini. Aku menjadi rambang mata untuk seketika waktu. Mana tidaknya, Farah meminta aku untuk membeli baju bertemakan negara Argentina kerana warna biru cair menjadi kebanggaan negara terbabit. Tetapi aku berkeras untuk memilih baju negara Jerman kerana nampak lebih menarik. Akhirnya Farah mengalah dan aku pula terus membuat pembayaran sambil membawa baju tema negara Jerman itu.

Lebih kurang setengah jam di butik Mooks, kami kemudiannya meneruskan perjalanan untuk meneroka seluruh ‘isi’ Pavilion. Semasa berjalan, mata aku tertumpu kepada sebuah kedai kecantikan iaitu Clinique. Teringat kembali SMS yang aku terima dari sebuah laman web, aku mengajak Farah untuk masuk ke dalam kedai tersebut. Aku mengeluarkan BlackBerry tersayang lalu menunjukkan SMS kepada pelayan yang sudah siap sedia menyambut pelanggan. Di situ Farah diberikan sampel pencuci muka yang sesuai dengan permukaan kulitnya yang mudah kering.

Read moreRead more

15
Jun

Have Fun at Kuching

Ok diceritakan semula, pada 31 Mac yang lepas, aku diumumkan menjadi pemenang ketiga pada cabutan bertuah di dalam laman web MalaysiaPollster. Memang pada mulanya aku menjawab soalan survey di dalam web itu adalah untuk suka-suka dan memberikan idea yang logik berkenaan dengan soalan yang ditujukan. Namun tidak menjangkakan aku dipilih sebagai seorang pemenang bertuah, yang mana aku merupakan pemenang yang berasal dari negeri luar dari tanah Borneo.

Terima kasih aku ucapkan kepada Mr. Goh, iaitu IT Director syarikat berkenaan kerana memilih aku sebagai pemenang. Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

First Prize / Tempat Pertama
SEGi University Scholarship (Biasiswa Universiti SEGi)

Second Prize / Tempat Kedua
Dell Laptop Mini Computer (Komputer Riba Mini Dell)

Third Prize / Tempat Ketiga
Return Air Ticket KL / Kuching (Tiket Penerbangan Pergi & Balik KL / Kuching)

Apa-apa pun, aku ucapkan jutaan terima kasih buat Mr. Goh kerana melayan kerenah aku di dalam emel. Hadiah tiket penerbangan ini aku hadiahkan kepada seorang kenalan iaitu En. Zuhir. Semoga beliau berhibur dengan percutian ke Kuching pada hari Jumaat ini.

14
Jun

Let’s Fly To Medan with Firefly

Anda ada akaun twitter? Anda mempunyai pengikut dari Malaysia yang ramai di dalam akaun tersebut? Anda suka melancong? Anda suka aplikasi iPhone?

Pada 1 Jun lepas, aku menerima satu Direct Message (DM) di dalam akaun Twitter yang mengumumkan aku sebagai pemenang bertuah untuk peraduan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat pembina aplikasi untuk iPhone iaitu Terato Tech Sdn. Bhd.

Walaupun pada mulanya aku masih lagi ragu-ragu adakah benar aku memenangi hadiah sedemikian kerana pada mulanya aku tidak langsung mengingati peraduan manakah yang menawarkan hadiah 2 tiket penerbangan ke Medan, Indonesia. Selepas melihat akaun Twitter Terato Tech ini, barulah aku dapat tahu peraduan ini datangnya dari laman web tweetswin.com.

Di bawah merupakan screen shot dari laman web tweetswin.com:

Tweets Win

Alhamdulillah, walaupun tidak menjangkakan kemenangan ini, namun aku bersyukur kepada-Nya kerana masih memberikan tuah kepada aku. Dan kemungkinan besar, tiket ini akan aku hadiahkan kepada kakak aku, Noor Adzrah.

Sekali lagi, terima kasih kepada Terato Tech kerana memilih aku sebagai pemenang bertuah ini!

13
Jun

Gift Of Love

Bulan lepas, semasa sambutan Hari Ibu, aku telahpun menyertai sebuah pertandingan online di laman web myHorizon. Pertandingan yang menawarkan hadiah bernilai RM8888 itu bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dimenangi.

Aku menaruh harapan untuk membawa pulang hadiah saguhati kalau tidak pun. Alhamdulillah, selepas berita keputusan pertandingan ini disiarkan di internet, akhirnya terpampang juga nama aku. Walaupun bukan dikategori Grand Prize mahupun 1st, 2nd, 3rd, 4th & 5th Prizes, aku bersyukur kerana memenangi hadiah saguhati.

Di bawah merupakan screen shot yang telah aku buat di laman web myHorizon. Sila cari nama aku di bahagian Consolation Prize Winners:

myHorizon Mother's Day

Hadiah yang berjaya aku bawa pulang adalah:

  • Nissan Premium Merchandises
  • Sakae Sushi Gift Voucher
  • Sunway Pyramid Privilege Card
  • myHorizon Goodie Bag

Untuk hadiah Grand Prize dan juga tempat pertama, kedua, ketiga, keempat dan juga kelima, bolehlah rujuk pada gambar di bawah:

myHorizon Mother's Day Prizes

Dan sekarang waktu untuk tunggu hadiah ni sampai ke tangan aku. Ada sesiapa mahukan hadiah baucer Sakae Sushi? :)