Karate Kid
Dre Parker (Jaden Smith) is a 12-year-old living in Detroit when his mother Sherry (Taraji Henson) gets a job in China. Once in China, Dre misses home and wants to go back to the US. His mother tells him that China is home now, and he must learn to accept his new home. Dre begins to like China when he falls for his classmate Mei Ying (Wenwen Han). Dre’s feelings for Mei Ying are seen by Cheng (Zhenwei Wang) the class bully who is out to stop it. Cheng puts Dre to the ground with ease using his Kung Fu training. Dre doesn’t have a chance using the little karate that he knows, and Cheng proves it the next time he sees Dre. Dre is getting beaten badly when Mr. Han (Jackie Chan) the maintenance man, secretly a Kung Fu Master, stops the fight. Dre persuades Mr. Han to teach him Kung Fu. With this knowledge, Dre must now face down Cheng in a fight to win his respect in a Kung Fu tournament. Douglas Young (the-movie-guy)
Source: imdb.com
Cerita lakonan Jaden Smith, anak kepada pelakon lelaki popular iaitu Will Smith ini sungguh menarik sekali. Mana tidaknya, aksi yang terdapat di dalam filem ini boleh dikatakan berjaya memikat penonton yang sudah menontonnya. Walaupun bagi aku pada awal cerita Karate Kid ini agak perlahan, namun jalan atau plot ceritanya memang sempurna. Aku sukakan watak Cheng iaitu musuh kepada Dre (Jaden Smith). Muka yang agak garang membuatkan cerita ini begitu menarik.
Mungkin aku boleh ringkaskan sampai di sini saja dan bagi sesiapa yang masih belum menonton filem Karate Kid lakonan Jaden Smith dan juga Jackie Chan ni, anda bolehlah pergi menontonnya dengan kadar segera.
Prince Of Persia
Selesai juga penantian selama ini untuk menonton filem Prince of Persia: The Sands of Time. Sebuah filem yang mengisahkan Putera Dastan dan juga Puteri Tamina untuk mempertahankan sebilah pisau atau keris (dalam bahasa Inggeris; dagger) dari dirampas ke tangan orang yang zalim. Pisau yang diberi nama Dagger of Time itu adalah sebilah pisau yang menjadi rebutan kepada mereka yang ingin melakukan kejahatan di muka Bumi ini.
Walaupun pada mulanya agak sukar untuk memahami plot atau jalan cerita filem ini, tetapi aksi yang sungguh menarik membuatkan aku terpesona melihat setiap karakter yang melakonkan watak di dalam filem ini. Jikalau aku menceritakan segalanya di sini, mungkin kepada sesiapa yang membaca entri ini akan tahu kesemuanya. Lebih baik jika anda sendiri pergi menontonnya di panggung wayang.
Cuma yang aku tidak berpuas hati adalah mengapa orang Barat menggunakan nama orang Islam bagi sesuatu yang menunjukkan perlakuan yang buruk? Contohnya di dalam cerita ini, Nizam iaitu adik kepada Raja Sharaman dan juga pak cik angkat kepada Putera Dastan memainkan watak yang sangat kejam. Adakah mereka terlalu membencikan orang Islam? Wallahu alam.
Apa-apa pun, tidak rugi menonton filem Prince of Persia: The Sands of Time ini. Aku boleh berikan rating sebanyak 8 per 10 (8/10) setelah menontonnya. Kepada sesiapa yang sudah menonton filem ini, bolehlah berkongsi pengalaman korang di ruangan komen. Jangan lupa untuk sertakan bersama rating korang tentang filem ini.
Selamat menonton!
Blacky

Farah @ Cathay Cineplexes
Fuh, dapat gak aku menonton filem ‘How to Train Your Dragon’ bersama insan tersayang, Farah. Namun, disebabkan pening kepala (migraine) aku datang pada petang tadi, aku pulang awal. Farah yang seperti tidak mahu pulang, mula memberontak dan memarahi aku.
Pada sebelah malamnya, pening kepala aku kian berkurangan dan Farah mengatakan keinginannya untuk berjumpa dengan aku sebelum beliau pulang ke Port Dickson pada keesokan harinya. Aku memenuhi kehendak Farah untuk bertemu dan kami berdua berborak di luar rumahnya.
Sehingga jam 10 malam, aku meminta izin untuk pulang kerana aku sudah mengantuk dan mahu tidur awal pada hari ini.
Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief
Fuh, filem ini memang sungguh menarik. Bagi sesiapa yang pernah main permainan video berkenaan dengan watak-watak di dalam cerita ini, maka dengan automatiknya korang dapat meneka setiap babak yang ada.
Antara watak atau karakter yang dinyatakan di dalam cerita ini adalah Zeus, Hades, Medusa, Poseidon, Satyr, dan lain-lain lagi. Aku berminat untuk menonton cerita ini dipanggung wayang kerana beberapa orang rakan aku telah memberikan pendapat mengenai filem berkenaan. Dan kebanyakan di antara mereka mengatakan bahawa filem ini seronok serta menghiburkan.
Bagi sesiapa yang masih belum menonton filem Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief, anda bolehlah menontonnya dipanggung wayang berhampiran. Semoga terhibur :D
Happy 40th Years Old Sesame Street






Ada sesiapa yang tidak kenal akan watak di dalam gambar di atas? Maka amat rugilah zaman kanak-kanak mereka. Ini kerana watak Cookie Monster amat sinonim dengan siaran TV kanak-kanak yang diberi nama Sesame Street.
Aku tidak mahu memanjang entri berkenaan dengan Sesame Street ini, namun aku ingin mengucapkan selamat ulangtahun 40 tahun di atas kewujudan watak-watak ‘Muppets’ yang terdapat di dalam siaran ini. Bagi sesiapa yang masih belum kenal ke semua karakter atau watak Sesame Street, silalah pergi ke laman web ini – MUPPETS.
Akhir kata, HAPPY 40th BIRTHDAY SESAME STREET!
Damage – Steve Austin
Damage is a 2009 action film starring Stone Cold Steve Austin. It is written by Frank Hannah and directed by Jeff King. The film is a hard-edged, bare-knuckles fight film that focuses on the tough choices people make in times of recession. “Damage” is the first in a multi-picture deal between Austin, Nasser Entertainment, and Caliber Media.
Source: Wikipedia
Damage is the story of John Brickner (Steve Austin), a man recently paroled from prison, driven into the illegal world of underground fighting. Brickner attempts to renew his life on the outside amidst a world infused with degenerates, criminals and killers.
With the help of slick fighting promoter Reno (Walton Goggins) and his cut person Frankie (Laura Vandervoot), Brickner soon finds himself climbing the underground ranks. The stakes escalate as Brickner puts it all on the line in a fight to the death.
Kami Berdua Menang Hadiah
Hahaha, aku tak tahu tajuk apa yang sesuai untuk aku letakkan pada entri kali ini. Tapi inilah hakikatnya apabila aku dan teman hidup, Farah Atiqah berjaya memenangi hadiah di dalam peraduan Cathay Cineplexes – ORPHAN. Hadiah yang aku menangi cuma hadiah saguhati bernilai RM280 manakala Farah berjaya memenangi hadiah di tempat ke-3 yang bernilai RM600.
Tahniah buat honey ye!
Ini isi kandungan email yang aku terima dari pihak pengurusan Cathay Cineplexes:
Dear Noor Adzfar Aiman Ramle,
Greetings from Cathay Cineplexes!
CONGRATULATIONS! You have won the CONSOLATION PRIZE for Cathay Cineplexes’ ORPHAN box-office contest!
You have won:
ORPHAN merchandise worth RM280 courtesy of WARNER BROS
Dan ini pula isi kandungan email yang diterima oleh Farah:
Dear Farah,
Greetings from Cathay Cineplexes!
CONGRATULATIONS! You have won the THIRD PRIZE for Cathay Cineplexes’ ORPHAN box-office contest!
You have won:
ORPHAN merchandise worth RM600 courtesy of WARNER BROS
Seharian Bersama Si Dia
Perjalanan aku pada hari ini teramatlah banyak. Mana tidaknya, seawal jam 2.30 petang, aku pergi mengambil kekasih hati untuk keluar bersamaku. Hala tuju kami pada hari minggu ini adalah The Curve dan seangkatan dengannya.
Aku tiba di perkarangan e@Curve atau dikenali sebagai Cineleisure pada jam 3.00 petang. Cuaca pada petang tadi sungguh baik. Tidak menunjukkan sebarang tanda hendak hujan. Kami berdua terus pergi ke tingkat 2 bangunan e@Curve terbabit untuk membeli tiket wayang cerita The Final Destination. Kami memilih untuk menonton tayangan pada jam 4.55 petang.
Selepas itu, kekasih hati aku iaitu Farah Atiqah mengatakan hasratnya untuk membeli baju raya. Bukan untuk dirinya, tetapi untuk adiknya, Aina. Aku memberi cadangan untuk mencari baju kanak-kanak di Factory Outlet Store (F.O.S). Di sana, pelbagai ragam aku dan Farah. Sudahlah aku kurang arif untuk membeli pakaian kanak-kanak. Aku memberikan sedikit pendapat kepada Farah untuk memilih baju adiknya. Akhirnya kami bersetuju untuk membeli 2 helai pakaian kanak-kanak yang akan diberikan kepada adiknya.
Selepas itu, kami menuju ke BB Max yang terletak di tingkat 3 bangunan The Curve. Di sana, Farah berkenan dengan sehelai seluar kanak-kanak berjenama GAP. Namun aku membantah kerana seluar berkenaan kurang sesuai untuk dipadankan dengan baju yang dibelinya. Akhirnya, aku memberi pendapat kepada Farah untuk membeli sehelai seluar yang nampak lebih padan dengan baju berkenaan.
Setelah selesai membuat pembayaran di kaunter, kami terus berlegar-legar di dalam The Curve. Aku bertanyakan sesuatu kepada kekasih aku itu, “Hunn tak nak beli baju raya ke? Jom la B temankan…“. Dia membalas, “Malu la B. Nanti pas buka la kita beli ye“. Aku menganggukkan saja kepala aku ini.
Jam menunjukkan hampir jam 4.30 petang. Aku memberitahu Farah bahawa wayang akan bermula lagi beberapa minit. Lalu kami berdua meninggalkan The Curve dan kembali ke e@Curve. Setibanya di hadapan pintu masuk wayang, aku melihat dewan atau panggung yang menjadi tempat aku menonton wayang sudah boleh dimasuki. Kemudiannya kami berdua terus masuk ke dalam panggung dan mengambil tempat duduk masing-masing.
The Orphan – Can You Keep A Secret?

Fuh, alhamdulillah. Akhirnya aku selesai juga mengambil beberapa hadiah cenderemata dari filem The Orphan. Hadiah pertama yang berupa sebuah topi hitam edisi terhad The Orphan berserta empat (4) keping pas menonton wayang aku ambil di Malaysian Today di Seksyen 51, Petaling Jaya. Manakala hadiah kedua yang berupa sehelai baju tee hitam edisi terhad The Orphan dan juga dua (2) keping pas menonton wayang aku ambil di bangunan Malaysia Kini di Bangsar.
Topi edisi terhad berkenaan telah aku berikan kepada seorang rakan berdekatan dengan rumah aku ini. Manakala baju tee itu pula akan aku hadiahkan kepada kekasih hati (kekasih hati menyuruh aku memakai baju ini balik kerana terlalu besar untuknya). Baki pas menonton wayang aku telah agih-agihkan kepada kawan aku. Biar mereka dapat merasa cenderemata yang aku menangi ini.
Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Malaysian Today dan juga Voize kerana memilih aku di antara salah seorang pemenang.











