Bulan Yang Penuh Dugaan dan Cabaran
Aku rasa bulan Oktober dan bulan akan datang, November, merupakan bulan yang penuh dugaan dan cabaran. Mana tidaknya, duit gaji aku pada bulan ini tidak seberapa dan ianya cukup untuk aku berbelanja pada bulan hadapan. Maka pada bulan hadapan, kuranglah aktiviti bersosial aku.
Namun aku masih boleh bersyukur kerana aku berjaya memenangi dua hadiah daripada Cathay Cineplexes. Hadiah yang berjaya aku menangi adalah hadiah filem Tsunami yang bernilai RM220 ihsan daripada pihak RAM Entertainment dan juga hadiah filem The Final Destination yang bernilai RM200 ihsan daripada pihak Warner Bros.
Oh tidak lupa juga, kekasih hati aku iaitu Farah juga berjaya memenangi hadiah daripada Cathay Cineplexes! Alhamdulillah kerana tidak sia-sia aku memasukkan nama beliau di dalam peraduan Tsunami.
Akhir kata, walaupun duit gaji tidak seberapa banyak, namun aku masih lagi berpeluang untuk menjalankan hobi menonton wayang seperti biasa. Insya Allah pada masa akan datang, aku berharap ada lagi hadiah menarik yang bakal aku menangi.







menang lagi! cite tsunami tu yg ane ek? 2012 ke?
btw,congrats! Sara[Quote]
@Sara
Tsunami ni cite Korea bukan 2012.. Cite 2012 tu belum lagi kuar kat panggung.. Adzƒar[Quote]
Bulan nih saja ko menang duit banyak betul..Tahniah Aiman..Awek ko dapat nyak gak ek…congrat2..:]] Nine[Quote]
@Nine
Hehe. bukan menang duit bro, tapi hadiah je.. duit x penah menang lagi. huhu Adzƒar[Quote]
ouhhhh.. eh ye gak kn.. haha soalan bodoh biar tahu citer tu blom kuar. :D Sara[Quote]
asyik menang je ni. waaa…nak join, tp takda masa la plak. ades mohdisa[Quote]
@mohdisa
lah, dah alang2 ko on fb, twitter sume tu, ko cari la contest2 yg ada kat tenet ni sa.. Adzƒar[Quote]
@Adzƒar
bab tu yg aku malas tu. hehe, nak join nak kena main tak pun nak kena pk ayat2 power. huhu mohdisa[Quote]