Skip to content

Posts by aiman

24
Jun

Zaman 1990-an

Oh ya, baru-baru ni, saudara (saudari) aku ada memuatnaik gambar kami sesama saudara, yakni aku dan beberapa saudara aku yang lain pada tahun 1990-an. Pada masa itu, kamera analog masih lagi popular digunakan, tidak seperti zaman sekarang ini di mana kamera digital mendapat perhatian di mata masyarakat.

Apabila aku merenung kembali pada gambar berikut, ternyata kecomelan aku lebih terserlah dibandingkan pada usia yang semakin meningkat tua ini. Tetapi yang membuatkan aku sedih apabila melihat gambar tersebut adalah hubungan saudara-mara aku yang mana pada suatu ketika dulu sangat akrab, kini dapat aku rasakan semakin berjauhan.

Dimulakan cerita, aku lahir pada pertengahan tahun 1988. Majoriti saudara-mara aku lahir pada tahun 1980-an di mana pada setiap kali perayaan, kami pasti akan meraikannya di rumah nenek. Seperti gambar di bawah ini, aku kurang pasti berapa tahun umur aku pada ketika itu. Yang pastinya, mungkin dalam lingkungan empat atau lima tahun kerana saiz badan yang masih lagi kecil. Tetapi itu bukanlah cerita yang perlu diketengahkan di dalam entri ini.

Dahulunya, kami semua (aku dan saudara-mara) sangat akrab. Memang setiap ahli dalam keluarga, aku kenal kerana mimik muka mereka seakan-akan atau mirip dengan muka pak cik serta mak cik aku. Tetapi akibat dimamah usia, ingatan itu semakin pudar. Ada juga saudara yang aku tidak seberapa kenal melainkan yang selalu bertandang ke rumah nenek aku di Sungai Buloh ini.

Sadist apabila mahu mengingatkan kembali nama saudara yang telah lama tidak berjumpa. Mungkin juga kerana sibuk dengan duniawi, hubungan yang perlu dikekalkan sehingga ke anak cucu ini semakin menghilang dari pandangan mata kasar. Bukan sebab sombong, tetapi inilah realitinya apabila sibuk dengan hal masing-masing.

Kakak saudara aku, Nadia, ada memberikan cadangan untuk membuat re-union bagi sesama kami. Adakah ianya akan berlaku ataupun sekadar omong-omong kosong? Aku tidak berani untuk memberikan jawapan. Takut nanti pasti ada yang akan memberikan jawapan seperti di bawah:

1. Sibuk
2. Tidak dapat bercuti
3. Mungkin kena cari waktu atau masa yang sesuai untuk buat re-union ini

Apa-apa pun, aku berdoa dan berharap agar dapat berjumpa semula saudara-mara aku yang mana saki-bakinya telahpun mendirikan rumah tangga dan sudah mendapat cahaya mata. Biarlah hubungan sedarah kita ini kekal dan diketahui oleh anak-anak atau cucu-cicit kita pada suatu hari kelak. Insya Allah.

Kudos dan kredit Noor ‘Azzah Zulkafli untuk gambar-gambar di atas.

22
Jun

Sebulan Sahaja Lagi

Hari ni sudah 22hb Jun menandakan sebulan saja lagi untuk aku menjejakkan usia ke-22 tahun. Rasa berdebar-debar pula. Di dalam pemikiran aku, terasa seperti mahu membuat sedikit jamuan bersama rakan-rakan yang mengenali diri ini. Insya Allah aku akan mengumumkan keputusan aku dalam masa terdekat.

21
Jun

It’s June 21st

Hari ni sudah 21hb Jun 2010. Menandakan cuti sekolah pada awal bulan Jun lepas telah berlalu. Sesi persekolahan telahpun bermula seperti biasa. Yang pastinya, jalan raya pasti akan sesak dengan kenderaan bermotor.

Suatu lagi perkara yang aku tidak suka, apabila kekasih hati menyambung semula sesi pembelajaran di Port Dickson. Bermakna, selepas ini jaranglah untuk kami berjumpa. Mungkin dua minggu sekali. Itu pun kena tunggu aku bebas dari belenggu kerja di hujung minggu.

Aku berharap, biarlah masa bergerak dengan sepantas yang mungkin dan meninggalkan pelbagai memori menarik di dalam diri aku. Oh tidak lupa juga, esok 22hb Jun, bermakna atau menandakan sebulan lagi masa sebelum tibanya hari kelahiran aku yang ke-22 tahun. Rasa berdebar-debar pasti ada kerana aku merancangkan sesuatu pada 22hb Julai akan datang.

Insya Allah aku akan sentiasa mengemaskini blog dalam masa sebulan ini. “Dup dap, dup dap!

20
Jun

Bird Park @ IKANO II

Baru-baru ni aku turut serta di dalam suatu pertandingan Online Jigsaw Puzzle yang dianjurkan oleh pihak Ikano Power Centre. Hadiah harian merupakan satu set tiket (2 dewasa dan 2 kanak-kanak) untuk pergi ke KL Bird Park atau Taman Burung KL yang terletak di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Bird Park @ IKANO II

Pertandingan yang bermula pada 4 Jun dan berakhir pada 18 Jun ini mencari 5 pemain teratas yang berjaya mengumpulkan markah tertinggi untuk memenangi satu set tiket untuk pergi ke KL Bird Park.

Dan pada hari ini, 20 Jun 2010, aku dipanggil untuk memeriahkan majlis penutup Bird Park II @Ikano yang diadakan di pintu utama Ikano. Aku dipanggil untuk memasuki suatu lagi pertandingan di mana para pemenang teratas pada Online Jigsaw Puzzle dipanggil untuk bermain Jigsaw Puzzle di atas pentas.

Hadiah yang ditawarkan untuk Jigsaw Puzzle kali ini sangat menarik. Mana tidaknya, hadiah utama iaitu barangan KL Bird Park yang bernilai RM500 menjadi buruan aku. Malangnya, aku hanya mendapat hadiah saguhati yang merupakan sebuah mug dan juga satu set tiket ke KL Bird Park.

19
Jun

Karate Kid

Karate Kid 2010 Poster

Dre Parker (Jaden Smith) is a 12-year-old living in Detroit when his mother Sherry (Taraji Henson) gets a job in China. Once in China, Dre misses home and wants to go back to the US. His mother tells him that China is home now, and he must learn to accept his new home. Dre begins to like China when he falls for his classmate Mei Ying (Wenwen Han). Dre’s feelings for Mei Ying are seen by Cheng (Zhenwei Wang) the class bully who is out to stop it. Cheng puts Dre to the ground with ease using his Kung Fu training. Dre doesn’t have a chance using the little karate that he knows, and Cheng proves it the next time he sees Dre. Dre is getting beaten badly when Mr. Han (Jackie Chan) the maintenance man, secretly a Kung Fu Master, stops the fight. Dre persuades Mr. Han to teach him Kung Fu. With this knowledge, Dre must now face down Cheng in a fight to win his respect in a Kung Fu tournament. Douglas Young (the-movie-guy)

Source: imdb.com

Cerita lakonan Jaden Smith, anak kepada pelakon lelaki popular iaitu Will Smith ini sungguh menarik sekali. Mana tidaknya, aksi yang terdapat di dalam filem ini boleh dikatakan berjaya memikat penonton yang sudah menontonnya. Walaupun bagi aku pada awal cerita Karate Kid ini agak perlahan, namun jalan atau plot ceritanya memang sempurna. Aku sukakan watak Cheng iaitu musuh kepada Dre (Jaden Smith). Muka yang agak garang membuatkan cerita ini begitu menarik.

Mungkin aku boleh ringkaskan sampai di sini saja dan bagi sesiapa yang masih belum menonton filem Karate Kid lakonan Jaden Smith dan juga Jackie Chan ni, anda bolehlah pergi menontonnya dengan kadar segera.

18
Jun

Trip Nike SB Italy Team to Bangkok, Thailand

Bagi aku, video ni terlalu menarik untuk ditonton. Selain daripada keindahan alam tanah Thai ini, pelbagai tempat menakjubkan dapat dilihat.

Source: Streething

17
Jun

Limited Edition Nike Air Poster Giveaway

Nike Air Challenge

Sedang aku melawat laman web Streething, tiba-tiba terlihat pada sebuah entri terbaru yang disediakan oleh pihak Streething. Entri ini menarik perhatian aku kerana ada perkataan “Giveaway” di perakhiran ayatnya.

Jadi aku pun tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam peraduan ini. Peraduan atau giveaway ini mudah saja. Peserta perlu tahu kesemua lapan model kasut Nike yang dinyatakan di dalam peraduan ini. Petunjuk atau hint boleh dicari di Google.

Setelah anda dapat menjawab kesemuanya dengan tepat, anda perlulah mengisi butiran peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan dan alamat emel. Aku sudah pun menerima emel dari pihak Nike Singapura, malangnya, lokasi untuk mengambil poster edisi terhad ini terlalu jauh. Kepada sesiapa yang ada saudara-mara di Singapura, mungkin anda boleh memaklumkan peraduan ini kepada mereka. Ataupun, bolehlah memberikan butiran anda kepada saudara-mara untuk menjadi wakil (representative) mengambil hadiah anda.

Read moreRead more

17
Jun

Happy Birthday Noor Adzrah!

Sedang aku leka menonton perlawanan Piala Dunia, aku hampir terlupa bahawa tanggal 17 Jun adalah merupakan hari ulangtahun kelahiran kakak aku iaitu Noor Adzrah. Nasib baik aku sudah pun set alarm awal-awal untuk tidak lupa mengucap “Selamat Hari Lahir”. Di dalam blog juga, aku mengambil kesempatan membuat entri ini untuk beliau.

Selamat Hari Lahir yang ke-29 tahun buat kakak aku iaitu Noor Adzrah binti Ramle. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki serta dilimpahkan kebahagiaan untuk anda sekeluarga.

Aku pula masih lagi menunggu sebulan lebih untuk menyambut hari lahir yang ke-22 tahun. Huish! Makin tua pula rasanya.

16
Jun

Pavilion Kuala Lumpur

Diceritakan, pada 3 Jun yang lepas aku dan Farah telah pergi ke Pavilion Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Bukit Bintang untuk membeli barang keperluan aku iaitu baju Mooks. Memang cadangan untuk pergi sudah lama dibuat, tetapi memandangkan aku yang sibuk dengan kerja, barulah ke hari tersebut dapat meluangkan masa di Pavilion.

Aku bergerak dari rumah dalam jam 1 petang dan sampai di pusat membeli-belah terkemuka itu lebih kurang jam 1.45 petang. Setibanya di sana, kami terus menaiki escalator dari tingkat bawah sampailah di hadapan Tangs. Disebabkan aku telah lama tidak menjejakkan kaki, maka perasaan jakun mula terpancar. Kedudukan kedai di dalam Pavilion juga aku semakin lupa. Seperti orang asing apabila aku berada di dalam Pavilion itu.

Farah mengatakan bahawa beliau sudah mulai lapar. Beliau meminta untuk menemaninya makan di KFC. Aku turutkan saja. Oh lupa, pada hari tersebut, aku masih lagi demam dan kurang sihat. Sempat juga kami berdua singgah di farmasi Watsons untuk membeli ubat batuk dan juga Tiger Balm bagi melegakan penyakit aku pada ketika itu.

Selesai menjamu nasi berlaukkan ayam di KFC, aku mengajak Farah untuk menemani aku pergi ke butik Mooks yang terletak selaras dengan butik Paul Frank. Sempat juga aku mengambil gambar Farah ketika berjalan menuju ke butik Mooks. Apabila masuk sahaja butik Mooks, mata aku tertumpu pada baju edisi World Cup seperti yang aku nyatakan pada entri sebelum ini. Aku menjadi rambang mata untuk seketika waktu. Mana tidaknya, Farah meminta aku untuk membeli baju bertemakan negara Argentina kerana warna biru cair menjadi kebanggaan negara terbabit. Tetapi aku berkeras untuk memilih baju negara Jerman kerana nampak lebih menarik. Akhirnya Farah mengalah dan aku pula terus membuat pembayaran sambil membawa baju tema negara Jerman itu.

Lebih kurang setengah jam di butik Mooks, kami kemudiannya meneruskan perjalanan untuk meneroka seluruh ‘isi’ Pavilion. Semasa berjalan, mata aku tertumpu kepada sebuah kedai kecantikan iaitu Clinique. Teringat kembali SMS yang aku terima dari sebuah laman web, aku mengajak Farah untuk masuk ke dalam kedai tersebut. Aku mengeluarkan BlackBerry tersayang lalu menunjukkan SMS kepada pelayan yang sudah siap sedia menyambut pelanggan. Di situ Farah diberikan sampel pencuci muka yang sesuai dengan permukaan kulitnya yang mudah kering.

Read moreRead more