Archive

Author Archive

Happy Seven Month

March 12th, 2010 Adzƒar 2 comments

Alhamdulillah, tujuh bulan berlalu dengan begitu pantas. Segala cabaran serta dugaan aku lalui dengan tenang. Tidak kiralah sama ada dengan pergaduhan mahupun perkara-perkara yang tidak diingini, aku tetap bersabar. Bersyukur aku kepada-Nya kerana memberikan aku pasangan yang boleh menahan dengan karenah aku ini.

Hari ini, 12 Mac 2010, genaplah tujuh bulan usia perhubungan aku dengan insan dihati iaitu Farah. Alhamdulillah kerana pada minggu ini, dia telahpun mula bercuti sehingga 21 Mac nanti. Dapatlah aku luangkan masa bersama selama beliau bercuti ini.

Aku berharap agar kesetiaan kami berdua akan berkekalan sehingga akhir hayat. Insya Allah Heart Heart Heart

Categories: Writing Tags:

Rip Curl Wallet

March 9th, 2010 Adzƒar No comments

Yeah! Aku telah memiliki sebuah wallet kulit keluaran Rip Curl! Alhamdulillah bersyukur kerana berjaya juga akhirnya aku menukar kepada wallet baru di mana wallet lama aku, X-Large telah koyak-rabak dan tidak sesuai untuk digunakan lagi.

Lepas ini aku mungkin menantikan waktu untuk membeli sebuah cakera keras atau lebih dikenali sebagai hard disk. Ini bagi menambah lagi kapasiti hard disk komputer aku yang semakin mampat dengan lagu serta beberapa lagi fail penting. Insya Allah jikalau ada rezeki lebih, aku akan membelinya.

Categories: Writing Tags:

Tawar Menawar Adalah Dilarang

March 8th, 2010 Adzƒar 3 comments

TAWAR-MENAWAR ADALAH DILARANG

Inilah yang sempat aku lihat pada sebuah teksi di Mutiara Damansara sebentar tadi. Agak menarik. Mengapa? Sebabnya belum pernah lagi aku melihat papan tanda sedemikian pada teksi-teksi disekitar Lembah Klang ini.

Dalam hati aku tertanya-tanya, perlukah ada papan tanda berikut? Almaklumlah, aku tidak pernah diberitahu bahawa ada penumpang teksi yang meminta untuk dimurahkan tambang. Dan mengikut logik, selalunya tambang teksi ditentukan dengan meter yang terdapat di dalam teksi berkenaan.

Oh lupa untuk aku menyatakan ayat penuh papan tanda ini. Ayat penuh adalah “Teksi ini menggunakan meter, tawar-menawar adalah dilarang“. Pada pendapat pembaca, pernahkah anda mendengar cerita ada penumpang yang meminta untuk dimurahkan tambangnya? Setahu akulah, kebanyakan cerita yang aku dengar tidak kiralah dari mulut mahupun dengan menonton sendiri berita di kaca televisyen, pemandu teksi yang kerap kali menipu penumpang teksi dengan mengenakan tambang yang tidak mengikut rasional.

Jadi, entri ini aku sekadar berkongsi pengalaman setelah melihat papan tanda yang agak unik itu. Rugi aku tidak menyediakan gambar sebagai tontonan pembaca.

Categories: Writing Tags:

Festival Belon Panas

March 7th, 2010 Adzƒar No comments

Perghh… Perasaan ingin melihat sendiri belon panas di depan mata memang ada. Baru-baru ini, aku membaca pelbagai artikel yang mempromosikan festival belon panas yang diadakan di Putrajaya bermula dari 18 sehinggalah 21 Mac ini. Tetapi berpeluangkah aku untuk melihatnya?

Almaklumlah, pada 18 dan 19 Mac, aku berkerja pada waktu siang, manakala pada 20 Mac pula, ada kenduri Aqiqah di rumah aku ini. Cuti telahpun aku mohon. Cuma belum diberikan lagi borang cuti kepada boss. Cuma tinggal hari Ahad iaitu 21 Mac, sekali lagi aku bertanya di dalam hati, BERPELUANGKAH aku?

Kamera-kamera LOMO aku seperti dahagakan kasih sayang. Sudah lama aku tidak memberi sepenuh perhatian kepada ‘mereka’. Petang tadi, aku menyatakan kehendak aku ini kepada dua orang yang aku kenali. Pertamanya kepada Haliq dan keduanya kepada kakak aku sendiri.

Iskkk.. Tolonglah bawa aku pergi melihat festival ini.

Categories: Writing Tags:

Keajaiban

March 4th, 2010 Adzƒar 1 comment

Oh keajaiban, datanglah engkau. Datang padaku!

Categories: Writing Tags:

Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief

February 27th, 2010 Adzƒar 3 comments
Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief

Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief

Fuh, filem ini memang sungguh menarik. Bagi sesiapa yang pernah main permainan video berkenaan dengan watak-watak di dalam cerita ini, maka dengan automatiknya korang dapat meneka setiap babak yang ada.

Antara watak atau karakter yang dinyatakan di dalam cerita ini adalah Zeus, Hades, Medusa, Poseidon, Satyr, dan lain-lain lagi. Aku berminat untuk menonton cerita ini dipanggung wayang kerana beberapa orang rakan aku telah memberikan pendapat mengenai filem berkenaan. Dan kebanyakan di antara mereka mengatakan bahawa filem ini seronok serta menghiburkan.

Bagi sesiapa yang masih belum menonton filem Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief, anda bolehlah menontonnya dipanggung wayang berhampiran. Semoga terhibur Grin

Categories: Movie, Writing Tags:

Happy Chinese New Year 2010

February 14th, 2010 Adzƒar Comments off

Happy Chinese New Year

Happy Chinese New Year

Happy Chinese New Year to all who are celebrating it!

Categories: Miscellaneous Tags:

MS Office 2010

February 12th, 2010 Adzƒar 2 comments

Nah! Aku hanya berada dikedudukan TOP 10 sahaja untuk peraduan ini. Tetapi bersyukur kerana berpeluang memenangi hadiah berupakan cenderamata Microsoft Office 2010.

Di bawah merupakan testimonial yang telah aku berikan:

Microsoft Office 2010 - Top 10

Microsoft Office 2010 - Top 10

Untuk melihat sembilan lagi testimonial yang berjaya berada dikedudukan TOP 10, anda bolehlah layari laman web ini:
http://office2010.com.my/Testimonial.aspx

Terima kasih Microsoft Office 2010 Malaysia!

Categories: Writing Tags:

Epson Malaysia – Faith and the Common Good Photo Competition 2010

February 11th, 2010 Adzƒar 3 comments


For all photography enthusiasts, Steve McCurry needs no lengthy introduction. EPSON Malaysia and ruumz are proud and honoured that one of the most celebrated photographers of our time will personally select the winning entries for this competition. That’s not all. There will also be a prize category where the winners are selected through people’s votes. That’s double the prizes and recognition for your entries!

For all those who want to spread the word on this competition, EPSON will also be throwing in some excellent prizes for the top sharers.

Good luck to all participants and may the best photograph win! (may the top sharers win too!)
Read more…

Categories: Miscellaneous Tags: ,