Syukur alhamdulillah kerana Lomo LC-Wide telah selamat sampai ke alamat rumah aku. Rasa teruja tidak terhingga daripada pagi sampailah ke petang kerana setia menanti bungkusan atau parcel dari Lomography tiba di rumah.
Tapi ada satu perkara yang tidak memuaskan hati aku. Sepatutnya aku sudah boleh menerima parcel ini pada hari Isnin (10 Oktober), malangnya pihak kurier DHL telah menggunakan khidmat Pos Laju untuk menghantarkan parcel berkenaan. Mengapa bukan mereka sahaja yang menghantarnya?
Rasanya pelanggan telah membayar segala kos perkhidmatan kepada mereka. Mungkin akan datang sekiranya aku membeli apa jenis barang sekalipun, aku berharap pihak DHL tidak menggunakan khidmat orang ketiga (third party) bagi menghantar pesanan kepada pembeli. Pembeli pastinya bimbang sekiranya berlaku apa-apa kecelakaan ke atas parcel itu. Termasuklah apa yang terjadi kepada aku.
Ok berbalik kepada Lomo LC-Wide yang aku terima semalam, parcel berkenaan begitu besar dan disusun serta dibungkus dengan begitu rapi dan kemas. Aku teliti satu per satu barang yang telah aku pesan, kesemuanya ada. Semuanya sempurna!
Antara barangan yang terdapat di dalam kotak terbabit adalah:
i. Lomo LC-Wide
ii. Lomo LC-A Instant Back+
iii. LCA+ Krab
iv. LC-Wide Instant Kit
v. 2 x Fuji Instax Film Double Pack (20 pics)
vi. Lomography X-Pro Chrome 100 ASA 3 pcs
vii. Lomography Russian Steel T-Shirt
Mungkin akan datang target aku adalah Spinner 360 ataupun La Sardina. Hehehe. Itu pun kalau Piggy Point berlambak














peh.kaya.kaya.
Hehehe, ini rezeki buat OT banyak2 sebelum raya dan masa raya bulan lalu