Semalam aku menerima sebuah emel daripada pihak Lomography Sales mengatakan tempahan aku telahpun dihantar kepada pihak courier DHL. Selain itu, mereka memberikan ‘tracking number‘ bagi memudahkan aku memeriksa parcel berkenaan di laman web.

Apa yang terlintas di dalam hati adalah perasaan sungguh gembira di mana seperti yang aku jangkakan, Lomo LC-Wide yang aku tempah ini mungkin akan sampai lewat kerana ramai lomographer dari luar negara turut memburu ‘senjata’ ini dan membuatkannya menjadi hangat. Penjualan Lomo LC-Wide adalah suatu perkara yang luar biasa, ini kerana para pembeli perlu membuat tempahan terlebih dahulu ataupun mudah dipanggil sebagai pre-order.
Alhamdulillah akhirnya ‘senjata’ yang menjadi idaman aku ini dalam proses penghantaran ke Malaysia. Mungkin hari Isnin (10 Oktober 2011) aku akan menerimanya. Nantikan entri yang akan menyusul berkenaan Lomo LC-Wide












rugi man…baik simpan duit.fikirkan masa depan!keh3
haii, sy baru nk ber lomo ni..tp, sampai skrg sy kompius lomo gune filem apa ek? filem biasa ke atau ada filem khas tuk lomo? kt mana nk beli? ngeee ^_^
Hi yanyan, terima kasih kerana sudi melawat. Sebenarnya lomo menggunakan filem yang biasa kita lihat di kedai-kedai gambar..
Untuk ‘filem khas’ tu, rasanya takde filem yang khas untuk lomo ni. Cuma jika mahukan hasil gambar yang pasti memuaskan, yanyan perlu gunakan filem slide ataupun positif.
Harga filem slide atau positif ini kebiasaannya lebih mahal berbanding filem negatif yang selalu kita lihat.
Kalau mahu dapatkan filem slide atau positif ini, nantikan bulan November ini, insya Allah saya akan bawa masuk 2 jenis filem berkenaan iaitu
1. Fujichrome Tungsten 64T
2. Fujichrome Provia 100F
Harga masih lagi dalam perbincangan, yang pastinya filem ini ialah filem yang telah tamat tempoh (expired).
filem slide atau positif ni acane plak? tamat tempoh? means dah tk boleh pakai ke? sorry eh byk bertanya plak…LOL
Filem slide ni susah untuk dijumpai dikedai-kedai gambar biasa. Selalunya kalau nak beli pun, kena cari kedai gambar professional. Kami budak-budak lomo ni selalu beli dari internet takpun kedai-kedai tertentu je. Kalau area Selangor atau KL, filem slide boleh didapati di SS2, Plaza Pudu, Wangsa Maju ataupun paling senang KLCC.
Tamat tempoh sebenarnya masih boleh digunakan lagi. Tapi janganlah beli filem yang sudah tamat tempoh melebihi 10 tahun dan ke atas. Kemungkinan gambar tidak akan menjadi. Tetapi sebelum membeli filem tamat tempoh, pastikan filem itu disimpan di dalam peti ais. Suhu sejuk boleh melambatkan jangka hayat filem! HAHAHAHA
Lagi satu alasan kenapa ramai menggunakan filem yang dah tamat tempoh ni, selalunya harganya murah sangat-sangat. Boleh borong banyak-banyak dan dijadikan stok untuk masa akan datang
haa, letak dlm peti ais?? woahh..ilmu baru ni..ekeke…nnti bile dah ada, roger2 ek..=) nk beli juga….