Di sini aku hanya mahu memberitahu bahawa aku sudah pun menyediakan sebuah lagi album LC-A Refurbished yang terbaru untuk bulan Oktober.
Kesemua gambar di ambil di sekitar area Plaza Lowyat, Pavilion Kuala Lumpur, Fahrenheit88, Mutiara Damansara dan juga di kawasan perkampungan aku.
Gambar dari filem Kodak Elitechrome EB yang aku gunakan kali ini sungguh memuaskan hati dan aku berasa sedikit kesal kerana membeli filem berkenaan dalam kuantiti yang tidak banyak (15 roll)
.
Apa-apa pun, jikalau pada masa akan datang terdapat lagi penjual yang mahu menjualkan filem berkenaan pada harga yang rendah, aku mahu memborongnya kerana filem Kodak Elitechrome EB ini lebih menarik warnanya berbanding Kodak Elitechrome Extracolor atau dikenali sebagai Kodak EBX.
Akhir sekali, bagi sesiapa yang mahu melihat keseluruhan gambar di dalam album terbaru ini, bolehlah melayari Lomohome aku: adzfar on Lomography.
Segala komen dan kritikan (untuk mereka yang mendaftarkan diri sebagai ahli di Lomography.com) adalah dialu-alukan.
Sekian terima kasih











