About Me

Nama diberi adalah Noor Adzfar Aiman. Lebih dikenali dengan panggilan Aiman oleh rakan-rakannya, beliau merupakan seorang lelaki berusia 21 tahun. Berasal dari Selangor sejak dari kecil sehingga kini.
Menerima pendidikan rendah di Sungai Buloh, manakala pendidikan menengah di Shah Alam pada tahun 2001-2003, kemudiannya berpindah ke sebuah sekolah menengah di Sungai Buloh. Apabila tamat SPM, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan telekomunikasi di sebuah kolej swasta yang terletak di Kuala Lumpur.
Minat menaip blog pada pertengahan tahun 2008. Mula menggunakan blogspot sebagai platform untuk menunjukkan bakat di dalam bidang penulisan blog. Kemudian pada awal tahun 2009, iaitu hujung bulan Januari 2009, beliau membeli sebuah domain dengan menggunakan nama Adzfar. Hasil bantuan seorang rakan internet iaitu Miqdad, laman web yang menggunakan domain Adzfar.com sudah sempurna sehingga kini.
Beliau juga memiliki sebuah hobi yang semakin popular di Malaysia. Hobi yang dimaksudkan adalah lomografi. Mula berjinak dengan lomografi pada pertengahan tahun 2007, kini beliau memiliki lebih kurang 6 buah kamera analog.
Antaranya:
- Action Sampler camera
- Colorsplash camera
- Diana+ camera
- Holga 135BC camera
- Lomo LC-A camera
- Fuji Instax Mini 7
Tambahan lagi, minat beliau untuk menggunakan enjin pencarian Google setiap hari bagi mencari sesuatu maklumat memberikan pelbagai hikmah kepada dirinya. Minat untuk menyertai bermacam jenis peraduan atau pertandingan online yang diadakan di internet ada kalanya mendatangkan hasil.

Pada 12 Ogos 2009, cinta antara beliau dan juga Farah Atiqah mula berputik. Hubungan beliau dengan Farah Atiqah semakin hari semakin serius. Semoga Tuhan memperjodohkan mereka berdua
Insya Allah.
Disediakan oleh,

Noor Adzfar Aiman Ramle
Email : my@adzfar.com
Official Website : Adzfar.com
Facebook : Noor Adzfar Aiman
MySpace : Adzfar
Deviant : http://xadzfarx.deviantart.com
YM : converse_shoe88










































































































































































































Adzfar biase dptkan lomo punye stuff dekat mane?
n mane senang nk dptkan Lomo punye stuff eh.
Yg i biase jenguk kt ROOM MV,
tp tuh pun selalu tade stok.
hakx..
np amex pix g2..
so weird..
but cute..
How to create interface like your first blog before jump to here?
u mean my front page?
it’s using simple HTML.
thanks, i will learn from page source first. if i cannot do, i will ask u later. okay?
hi…
awak ni student Multimedia College yerp..?
@atiqahadnan
a’ah. knape eh?
Welcome to Kbz bro..xsangke..ahhahaahaa
@FxR
Errr… Thanks