Rest In Peace Bobob
Pagi itu, aku dikejutkan dengan suatu berita buruk dari mak aku. Berita yang begitu sedih bagi aku dan juga mak. Mana tidaknya, seekor haiwan peliharaan yang pernah menjadi kegemaran aku, Bobob :cat:, kini sudah tiada lagi. Sayang sekali kerana dialah haiwan yang memberikan pelbagai kenangan manis buat aku kini pergi untuk selamanya.
Pada pagi itu, memang tidak aku sangkakan langsung Bobob, pergi buat selamanya kerana pada sebelum ini dia tidak pernah aku lihat sakit mahupun menunjukkan tanda-tanda kurang sihat.
Mak aku membuka pintu bilik aku dan seraya berkata, “Man, Bobob dah mati Man. Kak Lela nampak dia mati dekat bawah pokok rambutan depan rumah Pak Icam”.
Sungguh lantang suara mak aku itu. Tapi, aku cuba untuk menahan sedih dan tidak menunjukkan sebarang aksi untuk mengalirkan air mata kerana pemergiannya sudah ditakdirkan oleh Yang Maha Esa.
Paling menyedihkan apabila mak aku ada berkata bahawa Bobob mati dalam keadaan terbaring sambil matanya terbuka. Matanya yang berwarna kehijauan menjadi warna kebiruan. Tiada sebarang tanda-tanda sama ada Bobob mati dilanggar oleh kenderaan yang lalu-lalang di kawasan perkampungan aku ini. Bahkan, tiada juga tanda bahawa Bobob mati akibat digigit oleh anjing liar yang berpeleseran semenjak akhir-akhir ini.
Namun aku redha dengan semua ini. Walaupun Bobob hanyalah seekor binatang yang tidak berakal, tetapi setiap makhluk yang dicipta-Nya mestilah disayangi. Kami sekeluarga sayangkan engkau Bobob. :cry: :weep: :cry: :weep: :cry: :weep:
Footnote: Maaf, Bobob sebenarnya telah pergi meninggalkan kami sekelurga pada awal bulan April lalu. Aku sengaja menulis entri ini bagi mengenangkan kembali kisah Bobob.
Kenapa Baru Boleh?
Aku tak faham, aku rasa aku register akaun Facebook pada pertengahan bulan Julai tahun lalu. Sudah banyak kali aku cuba untuk menukar URL atau alamat Facebook aku, tetapi masih juga tak berjaya.
Tetapi petang ini, terdetik pula hati aku untuk masuk semula ke http://www.facebook.com/username, dan alangkah terkejutnya apabila keluar pilihan senarai nama untuk alamat Facebook aku.
Antara yang tertera pada skrin komputer ini adalah:
- adzfar.aiman
- adzfara
- adzfar22
Sepatutnya ada banyak lagi, tetapi aku tidak berkenan dengan mana-mana pilihan yang diberi. Disebabkan terlalu obses untuk memilih alamat ini, akhirnya aku membuat keputusan untuk menjadikan URL atau alamat Facebook aku dengan nama ‘adzfaraiman‘.
Kenapa aku pilih nama ini? Aku memilih nama ‘adzfaraiman‘ kerana senang untuk kawan-kawan mencari aku di laman web Facebook. Dan tak lupa juga, aku mahu abadikan nama aku dan Farah di dalam ‘adzFARAiman‘ ini.
Jadi, kepada sesiapa yang masih belum menjadi kawan aku di Facebook, anda bolehlah melayari alamat ini: http://www.facebook.com/adzfaraiman
Di bawah merupakan screenshot menunjukkan aku telah berjaya menyudahkan alamat Facebook aku:
Lomography – World Pinhole Day 2010

We’re talking about going back to the roots of photography – Pinhole! This April 24, join pinhole fans all over the world for the World Pinhole Day 2010. As purveyors of analogue photography, we encourage you to take out your pinhole cameras – DIY or handpicked from our Shop – and start taking mind-blowing and dreamy shots through the tiny pinhole eye!
More information please click here: http://thelomographer.com/
Ajaib dan Ghaib
Perghhh… Sungguh aku tidak percaya. Mengapa? Tiba-tiba aku dapat ‘Page Rank’ aku jadi kosong (0). Sebelum ni paling tidak pun blog aku akan mendapat ‘Page Rank’ dua (2).
Malang tidak berbau. Mungkin kerana aku sudah jarang mengemaskini blog, maka kuranglah ‘pelanggan’ untuk memasuki blog yang serba-serbi saja ini. Miahahaha! Sedih aku!
New Gadget Will Be Mine
Syukur alhamdulillah kerana aku dan Farah bakal menerima 2 buah gajet terbaru pada masa akan datang. Gajet itu datangnya dari peraduan Yahoo! Messenger yang sudah diumumkan pemenangnya pada 16 April lalu. Disebabkan tidak ramai yang menyertainya, aku dan Farah berpeluang memenangi hadiah pertama dan kedua. Hadiah pertama merupakan sebuah Apple iPod Touch 32GB manakala hadiah kedua adalah Apple iPod Nano 8GB. Untuk pengetahuan, aku dan Farah hanya menyertai kategori gambar saja, dan tiada pemenang bagi kategori video. Bagi maklumat lanjut, anda boleh layari laman web ini.
Pihak penganjur akan menghubungi kami berdua bagi memaklumkan penghantaran hadiah ke alamat rumah. Syukur alhamdulillah sekali lagi!
Sunway Lagoon All-Parks Tickets
Alhamdulillah, pulang saja aku dari Subang Parade untuk mengambil hadiah baucer MPH yang bernilai RM100, aku terima satu lagi emel mengatakan aku menang empat (4) tiket ke Sunway Lagoon di mana setiap tiket bernilai RM90. Selepas mendapat emel berkenaan, aku segera menghubungi Farah dan memberitahu beliau. Alangkah seronoknya apabila beliau begitu teruja setelah mendapat tahu aku menang tiket tersebut.

Win FREE All-Parks tickets for Family & Friends worth RM360!
Bagi sesiapa yang mahu mencuba kreativiti untuk mencipta slogan bagi memenangi 4 tiket tersebut, anda bolehlah melayari laman web Vision KL di http://www.visionkl.com. Sebelum itu, anda dikehendaki untuk mendaftar sebagai ahli.
Dalam masa terdekat ini, insya Allah aku akan meluangkan masa bersama Farah di Sunway Lagoon. Guna tiket percumalah katakan :) :heart: :heart: :heart:
Nico Rosberg’s Signed Cap
Ungkapan “Terima Kasih” aku tujukan kepada Mr. Michael Yip kerana memilih aku sebagai salah seorang daripada lima orang bloggers yang berjaya memenangi topi yang ditandatangani oleh pelumba kereta Formula 1 iaitu Nico Rosberg.
Topi yang aku menangi ini sudah tentu sangat bernilai kerana menurut Mr. Michael Yip, beliau telah menyediakan sepuluh buah topi untuk ditandatangani oleh Nico Rosberg. Lima daripada sepuluh topi berkenaan disimpan oleh beliau sendiri manakala lima lagi diberikan kepada pemenang yang berjaya menjadi lima orang terawal membuat sebuah entri mengenai Nico Rosberg dan memberi komen di laman blognya iaitu Mikeyip.com.
Gambar topi berikut adalah seperti di bawah:
Blacky

Farah @ Cathay Cineplexes
Fuh, dapat gak aku menonton filem ‘How to Train Your Dragon’ bersama insan tersayang, Farah. Namun, disebabkan pening kepala (migraine) aku datang pada petang tadi, aku pulang awal. Farah yang seperti tidak mahu pulang, mula memberontak dan memarahi aku.
Pada sebelah malamnya, pening kepala aku kian berkurangan dan Farah mengatakan keinginannya untuk berjumpa dengan aku sebelum beliau pulang ke Port Dickson pada keesokan harinya. Aku memenuhi kehendak Farah untuk bertemu dan kami berdua berborak di luar rumahnya.
Sehingga jam 10 malam, aku meminta izin untuk pulang kerana aku sudah mengantuk dan mahu tidur awal pada hari ini.
Kepulangan
Fuh Fuh! Aku tak tau nak upload ape.. yang penting, Farah nak pulang ke Sungai Buloh tidak lama lagi dan bolehlah aku lepaskan rindu aku ni kepada dia :heart: :heart: :heart:













