Skip to content

Archive for March 17th, 2010

17
Mar

Konvokesyen Ke-12 Politeknik Shah Alam

Hari ini aku ditemani oleh seorang rakan sekampung iaitu Firdaus atau nama popular beliau, Mamak untuk pergi ke majlis konvokesyen kekasih hati yang diadakan di Politeknik Shah Alam. Seawal jam 8.45 pagi, aku menelefon Mamak untuk bertanyakan sama ada beliau mahu menemani aku ataupun tidak. Dia memberitahu bahawa dia akan bersiap-siap dahulu dan dalam sekitar jam 9.40 pagi, dimintanya untuk aku tunggu di rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah aku.

Dengan berpakaian baju tee dan juga seluar jeans, aku menyarungkan kasut Onitsuka Tiger untuk membonceng motosikal dan pergi ke rumah Mamak. Aku pergi ke PSA bukanlah dengan membonceng motosikal, tetapi menaiki kereta bersama Mamak.

Dalam jam 10.25 pagi, aku dan Mamak telah sampai diperkarangan PSA. Aku sempat meninjau suasana di gerai-gerai yang menjual cenderamata untuk diberikan kepada para pelajar yang telah berjayakan kursus masing-masing ataupun lebih senang disebut sebagai graduation. Pada jam 11 pagi, Farah menelefon dan memberitahu bahawa beliau telahpun keluar dari dewan dan mahu berjumpa untuk bergambar bersama aku. Aku dan Mamak pada mulanya berada di dewan makan, terus bergegas menuju ke perkarangan dewan utama di PSA.

Dapat aku lihat kelibat adik Farah iaitu Aina. Dan selepas itu barulah aku perasan yang Farah sudahpun berada disisi aku. Aku terus mengeluarkan kamera Fuji Instax dan terus mengambil gambar. Tidak cukup dengan kamera itu, aku keluarkan kamera digital dan meminta tolong Mamak untuk menangkap gambar aku bersama Farah.

Sessi bergambar dilakukan juga Farah dengan keluarga tercinta. Beliau bergambar bersama ibu, ayah dan juga adiknya, Aina. Selepas itu, kami semua pergi ke dewan makan untuk menjamu selera. Malangnya aku dan Mamak tidak turut serta kerana kami masih lagi kekenyangan. Aku dan Mamak pergi mengambil angin di luar dewan makan berkenaan. Selang beberapa minit, Mamak memberitahu bahawa beliau mahu meninjau persekitaran dewan utama.

Setibanya di sana, aku dapat melihat beberapa buah gerai menjual barangan cenderamata iaitu anak patung beruang (teddy bear). Oleh kerana tidak mahu mengecewakan Farah, aku membelikan seekor anak patung beruang berkenaan untuknya. Aku pasti dia akan menyukainya.

Kemudian, pada jam 12 tengahari, Farah menelefon aku dan mengatakan bahawa ibu dan ayahnya sudah mahu pulang. Aku sempat bertanyakan kepadanya sama ada mahu pulang bersama aku ataupun keluarganya. Farah meminta supaya aku bertanyakan kepada ibunya. Akhirnya aku terserempak dengan ibu Farah dan meminta izin untuk membawa Farah pulang bersama aku. Ibunya mengizinkan Farah untuk pulang bersama aku.

Selepas itu, aku, Farah dan juga Mamak pulang bersama. Kami singgah di Restoran Mc Donald’s Kota Damansara untuk menjamu makanan tengahari dan jam 1.30 petang, barulah kami bergerak pulang.

Sekian. :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart:

P/s: Gambar akan dimuat naik esok!