Howto: Printscreen The Entire Web Page?
Aku buat entri ini untuk membantu para pelayar laman web yang memerlukan sahaja. Kadang-kadang anda tertanya-tanya macam mana untuk printscreen atau membuat screenshot seluruh laman web. Di sini aku akan berkongsi ilmu kepada semua pembaca blog ini.
Pertama kalinya, anda mestilah pengguna Mozilla Firefox. Kepada sesiapa yang masih tiada Mozilla Firefox, anda boleh memuat turun aplikasi berkenaan di SINI.
Keduanya, buka aplikasi Mozilla Firefox anda dan muat turun ADD ON ScreenGrab!.
Seterusnya, selepas anda memuat turun add on berkenaan, pastikan anda tutup Mozilla Firefox dan bukakannya semula, dalam erti kata lain, silalah restart Mozilla Firefox anda. Apabila selesai restart, anda bolehlah masuk ke dalam laman web kegemaran anda dan gunakan ScreenGrab! yang sudah anda muat turun sebentar tadi.
Untuk menggunakannya, anda cuma perlu ‘right click’ pada tetikus dan pilih ScreenGrab! Kemudian pilih ‘SAVE’ untuk menyimpan printscreen atau screenshot laman web yang dikehendaki.
Sekiranya anda masih lagi tidak jelas mengenai cara menggunakan ScreenGrab!, anda boleh rujuk kepada gambar di bawah:
Selamat mencuba!



Recent Comments