Archive

Archive for February 2nd, 2010

Impian Baru

February 2nd, 2010 Adzƒar 2 comments

Maaf, aku terlewat untuk mengucapkan “Selamat Hari Wilayah Persekutuan” untuk semua warga kota yang berada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan. Hari ini, 2 Februari 2010, menandakan hari terakhir aku berkeja untuk minggu terakhir Januari. Maka tepat jam 8 pagi ini, aku akan bercuti selama empat hari. Selain itu juga, beberapa hari lepas, tiba-tiba aku berangan untuk memiliki sebuah telefon bimbit baru. Bukan tidak bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang ini, namun aku perlu memiliki sesuatu yang boleh digunakan untuk kemudahan aku kini dan akan datang.

Aku melayari pelbagai laman web yang mana isi kandungannya adalah berkenaan dengan telefon bimbit yang terkini. Aku berminat dengan satu jenama yang mendapat tempat di hati para pengguna telefon bimbit di Eropah iaitu BlackBerry. Namun, setelah aku membuat kesimpulan mengenai telefon bimbit berkenaan, aku mendapati ia sebenarnya tidak sesuai dengan diri aku. Tahu mengapa? Kerana aku beranggapan papan kekuncinya sangat leceh, baik aku gunakan Sony VAIO P Series yang aku miliki ini sahaja. Tambahan lagi, aku dapati kelebihan BlackBerry adalah pemiliknya boleh membaca e-mel dari telefon bimbit berkenaan. Aku bukannya seorang belanjawan atau usahawan yang perlu membaca peti masuk e-mel pada setiap hari. Aku adalah seorang yang akan memeriksa peti masuk e-mel jikalau menang pertandingan atau peraduan.

Jadi, hasrat untuk memiliki telefon bimbit berjenama BlackBerry ini mungkin aku batalkan saja. Selain itu, aku juga tertarik dengan telefon bimbit berjenama Nokia. Model telefon berkenaan sama seperi model telefon bimbit yang digunakan oleh kakak aku iaitu Nokia 5730 Express Music. Aku seperti mahu membeli yang ini, tetapi aku perlukan sedikit masa lagi untuk memikirkan apakah kelebihan telefon ini dan adakah ianya sesuai untuk kegunaan hari aku? Insya Allah dalam masa terdekat ini, aku akan menyambung semula entri ini untuk perkembangan terbaru sama ada aku akan membeli telefon bimbit baru ataupun tidak.

Apa pendapat anda mengenai telefon bimbit Nokia 5730 Express Music di bawah ini:

Nokia 5730 Express Music
Image credit: Mobilenewz

Nokia 5730 Express Music

Categories: Writing Tags: