Archive

Archive for January 4th, 2010

Terima Kasih PTS

January 4th, 2010 Adzƒar No comments

Lebih kurang 2 minggu yang lalu, kakak aku, Noor Adzrah telah membeli pelbagai tajuk buku dari penerbit buku Melayu terunggul iaitu PTS. Dengan bermodalkan resit pembelian, kakak aku telah menghantar empat borang penyertaan peraduan “Saya Mahu Hadiah PTS Baca & Menang” yang telah dianjurkan sendiri oleh pihak PTS.

Syarat-syarat penyertaan yang mengkehendaki para pembaca menjawab beberapa soalan ringkas dan membuat slogan berdasarkan sepotong ayat yang diberi. Aku telah mengisi slogan keempat-empat borang penyertaan berkenaan manakala kakak aku membantu untuk memberikan jawapan bagi soalan yang tertera.

Syukur alhamdulillah kerana nama aku terpilih sebagai pemenang mingguan untuk minggu kelima. Dan aku telah memberikan hadiah berkenaan kepada kakak aku kerana dia lebih berhak memilikinya Smile

Berikut merupakan screen shot yang diambil dari laman web PTS.

Pemenang Minggu Kelima

Pemenang Minggu Kelima

Categories: Writing Tags: