Archive

Archive for January 2nd, 2010

‘Dia’ Kini Kembali Kepadaku

January 2nd, 2010 Adzƒar 2 comments

Lomo LC-A

Lomo LC-A

Syukur alhamdulillah. Aku mampu menarik nafas lega setelah lama aku menunggu, akhirnya kembali juga si ‘dia‘ kepadaku. Kerana kerosakan kecil yang terdapat pada dirinya, aku terpaksa menunggu sehingga kerosakannya itu dapat diperbaiki sepenuhnya.

Terima kasih buat En. Hanif kerana sudi membantu aku untuk membaik pulih kerosakan yang terdapat pada si ‘dia‘. Pada petang Tahun Baru ini, aku telah mengambil semula si ‘dia‘ yang telah siap dibaiki oleh En. Hanif. Aku tidak hirau dengan bayaran yang dikenakan ke atas aku, asalkan si ‘dia‘ dapat bersama dengan aku semula.

Walaupun si ‘dia‘ tidak sehebat atau secanggih peralatan yang lain, namun aku berasa bangga kerana mampu memilikinya. Maksud si ‘dia‘ adalah kamera Lomo LC-A aku! Kamera yang memberikan kesan positif semenjak aku menjadi tuan barunya pada Oktober 2008. Kini usianya bersama aku melangkaui setahun lebih.

Insya Allah selepas ini, aku akan kembali aktif di dalam dunia lomografi. Bukan secara mendadak, namun aku akan bermula dari bawah. Aku perlu mempelajari teknik-teknik yang betul terlebih dahulu kerana sekian lama aku meninggalkan dunia lomografi ini kerana sibuk berkerja.

Categories: Lomography, Writing Tags: