Archive

Archive for December, 2009

Berakhirlah Kisah Peti Ais

December 20th, 2009 Adzƒar No comments

Syukur aku ke hadrat Ilahi kerana apa yang aku nantikan semenjak 3 bulan lalu berakhir dengan kegembiraan yang tidak terkata.

Pada hari Rabu bersamaan 17 Disember 2009, jam menunjukkan pukul 2.45 petang. Tiba-tiba satu panggilan oleh nombor yang tidak dikenali menghubungi telefon bimbit aku. Aku menjawab panggilan itu dan kemudiannya berasa sedikit pelik kerana ditanya sama ada aku berada di rumah ataupun tidak. Aku bertanyakan semula kepada lelaki yang memanggilku itu, “Ni dari mana ye?“. Lelaki itu membalas, “Saya dari pihak LG, nak hantar fridge (peti ais) kat rumah abang lah. Abang ada kat rumah tak ni?“.

Aku terus bersungguh-sungguh menjawab segala persoalan yang diajukan oleh lelaki yang sedang bercakap dengan aku di dalam telefon itu. Beliau berkata pada petang itu juga pihaknya akan menghantar peti ais LG yang dimenangi oleh aku beberapa bulan yang lalu.

Pada jam 6 petang, aku menerima sebuah lagi panggilan yang tidak diketahui nombornya. “Hello ini Aiman ke? Saya dah sampai jalan masuk Kampung Selamat la bang.. Boleh tahu mana satu rumah abang tak?“, kata seorang lelaki India yang begitu fasih berbahasa Melayu. Kemudian aku memintanya tunggu di jalan masuk ke kawasan rumah aku kerana aku akan menunjukkan jalan kepadanya.

Aku begitu takjub kerana lelaki berkenaan memandu sebuah lori yang boleh dikatakan besar. Tambahan lagi, ketika hendak mendaki bukit di kawasan rumah aku, beberapa cubaan dilakukan oleh pemandu atau kelindan berbangsa India itu. Akhirnya selepas 10 minit barulah lorinya dapat menaiki bukit di rumah aku. Lelaki berkenaan memberi beberapa helaian kertas untuk disemak oleh aku. Isi kandungan kertas itu adalah berkenaan dengan penghantaran yang dilakukannya. Beliau meminta aku untuk menandatangani surat pengesahan penghantaran.

Kemudiannya, lelaki itu menurunkan sebuah kotak yang sangat besar seorang diri. Aku begitu kagum dengan kekuatannya. Al-maklumlah, peti ais berkenaan sangat besar. Bayangkanlah ketinggiannya seperti pintu rumah, cuma kurang beberapa inci sahaja. Aku sudah seperti beruk termakan cili. Terus aku mencapai telefon bimbit dan menelefon emak aku yang sedang bercuti di Port Dickson bersama kakak aku.

Mak, peti ais dah sampai! Memang besar…“, aku bersemangat menceritakan perihal ini kepada emak aku.

Aku tidak membuka langsung kotak peti ais berkenaan kerana emak masih belum pulang. Sehinggalah hari Jumaat lepas, selepas emak pulang dari Port Dickson lebih kurang pukul 2 petang, bermulalah sesi memunggah isi kandungan peti ais lama untuk dimasukkan ke dalam peti ais yang baru ini. Memang pada petang itu, semua yang terdapat di dalam rumah aku ini membantu emak untuk mengemas peti ais dan juga dapur.

Sampai di sini dahulu cerita mengenai peti ais ini. Terima kasih kepada pihak The Star Publications dan juga LG kerana bertungkus-lumus menunaikan janji mereka.

Categories: Writing Tags:

YOU:nique

December 16th, 2009 Adzƒar 5 comments

Alhamdulillah kerana kali ini aku berjaya mendapat hadiah istimewa (lebih kurang seperti saguhati) daripada pihak IMAG.

Hadiah istimewa yang telah aku menangi adalah merupakan sebuah pemain mp3 berjenama Apple iaitu iPod Shuffle. Peraduan yang aku tidak mengharapkan memperoleh apa-apa hadiah ini benar-benar mencabar. Ini kerana para peserta dikehendaki melengkapkan esei atau slogan yang tidak melebihi 20 patah perkataan berserta dengan sekeping gambar.

Slogan yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut:

I.M. You:nique because…

Read more…

Categories: Writing Tags:

Item for Sale!

December 14th, 2009 Adzƒar 4 comments

Hai pembaca blog ini. Di sini aku ada 2 keping tiket untuk dijual. Tiket yang dimaksudkan adalah tiket untuk memasuki Wild Wild Wet yang terletak di Singapura.

Wild Wild Wet ticket

Wild Wild Wet ticket

Bagi sesiapa yang berminat, harga yang aku tawarkan adalah serendah RM70 RM50 bagi kedua-dua tiket ini. Tiket ini sah digunakan sehingga 20 Februari 2010.

Untuk maklumat, tiket ini dimenangi oleh Farah melalui peraduan yang diadakan di dalam laman web AXN-Asia beberapa bulan yang lalu. Dan disebabkan tidak mempunyai passport dan juga kenderaan untuk ke sana, kami membuat keputusan untuk menjualkan saja tiket berkenaan.

Akhir sekali, korang boleh layari laman web Wild Wild Wet untuk mengetahui harga sebenar tiket berkenaan. Dan aku berharap harga yang aku jual dalam matawang ringgit ini lebih murah berbanding matawang Singapura.

Categories: Writing Tags:

Please Vote For Me and Her

December 14th, 2009 Adzƒar No comments

Hey peeps, I would like to ask you’ll to vote for my photo and also my girlfriend’s photo at Vivo online contest website. Please help us to win the prizes.

To view my photo, please go through this link: http://vivopizza.com/desc.php?id=316
Please make sure you’ve vote my photo while click on this link: http://vivopizza.com/vote.php?id=316
*If the link broken, please search my name, ADZFAR on voting page*

And one more thing, please vote for my girlfriend too.
View her photo via this link: http://vivopizza.com/desc.php?id=346
and please vote for her too: http://vivopizza.com/vote.php?id=346

VIVO contest

VIVO contest

Thank you in advance for those have been voted for us Smile

Categories: Writing Tags: ,

Maaf!

December 13th, 2009 Adzƒar 1 comment
we

we

Aku minta maaf kepada semua pembaca blog ini kerana sudah agak lama aku tidak mengemas kini atau menaip entri terbaru. Ini disebabkan kesibukan yang aku alami sejak dari bulan lepas (November) lagi. Insya Allah dalam masa terdekat ini, aku akan memasukkan beberapa entri sepanjang kesibukan aku.

Di kesempatan ini, aku ingin memaklumkan bahawa pada 12 Disember yang lepas, genaplah 4 bulan aku bersama si ‘dia’. Doakan kebahagian kami Smile

Diharapkan kepada semua pembaca supaya tetap setia mengikuti blog yang tidak seberapa ini. Dan untuk makluman, sekiranya anda tidak boleh memasuki blog ini, adalah dimaklumkan bahawa domain Adzfar.com akan tamat pada hujung bulan Januari 2010. Aku akan membuat pembayaran dengan kadar segera supaya blog ini kekal dan boleh memberi maklumat kepada pembaca.

Sekian, terima kasih Wink

Categories: Writing Tags:

Rindu!

December 1st, 2009 Adzƒar 1 comment
Sony VAIO

Sony VAIO

Isk.. Bilalah aku nak upgrade Windows kat dalam si ‘comel’ aku dengan Farah ni kan?

Rasanya dah boleh-boleh untuk aku menukar sistem yang terdapat di dalamnya. Bagi lagi menarik serta mempunyai performance yang bagus.

Nanti-nantikan lah Smile

Categories: Writing Tags: