Happy 3rd Month Honey
Alhamdulillah, hari ni, 12 November 2009 menandakan genap tiga bulan aku bersama Farah. Alhamdulillah juga kerana selama tiga bulan ini, pelbagai liku-liku hidup aku lalui. Buat pertama kalinya, aku dipindahkan ke Cyberjaya untuk berkerja di sana pula. Entah berapa bulan aku perlu berkerja di sana.
Keduanya, pihak The Star telah membalas emel yang diberikan oleh aku. Isi kandungan emel berkenaan benar-benar membuat aku teruja dan menaikkan kembali semangat aku.
“Dear Adzfar Aiman,
LG will try their very best to send the prizes to you by this month.
Sorry for the inconveniences caused.
Thanks.”
Aku berdoa agar apa yang dikatakan ini benar-benar berlaku. Akhir kata di sini, aku berharap agar pembaca, pengikut atau pelawat blog aku ini sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat. Dan doakan kebahagian aku bersama insan tercinta, Farah. Insya Allah.



Recent Comments