Selamat Datang Bulan November
Alhamdulillah, bulan Oktober aku lalui dengan penuh tabah walaupun terdapat beberapa perkara yang agak menyakitkan hati. Buat pertama kalinya, aku cukup gembira apabila mendapat tahu bahawa aku memenangi sebuah peti ais (refrigerator) dari pihak The Star dan juga LG. Tetapi malangnya, peti ais yang dijanjikan masih belum dihantar ke rumah aku. Tetapi tidak mengapa, mungkin tiada stok untuk peti ais terbabit.
Semalam, 31 Oktober, aku mendaftarkan diri untuk menyertai satu pertandingan (dalam perkiraan aku sahaja) Scrabble yang akan diadakan pada hari ini jam 11 pagi di kafe Starbucks Ikano Power Centre. Pada permulaannya, muncul perasaan malu untuk turut serta, namun apabila aku memikirkan untuk berhibur dengan aktiviti tersebut, aku mendaftarkan juga nama di dalam borang penyertaan. Dan aku akan ditemani oleh insan tersayang, Farah, untuk menyertai aktiviti ini.
Doa-doakan agar aku berjaya melayakkan diri di dalam permainan Scrabble nanti. Ini kerana jumlah peserta adalah terhad kepada 40 orang sahaja *first come, first serve* dan aku berkeinganan untuk memenangi hadiah daripada pihak Starbucks. Insya Allah.



Recent Comments