Archive

Archive for November, 2009

My New System

November 22nd, 2009 Adzƒar No comments

Yes, finally I got new gadget, new lover and new system. Here’s my screenshot of Sony VAIO Mini Pocket VGN-P23G.

Sony VAIO

Sony VAIO

Categories: Miscellaneous Tags:

Entri Khas Untuk Seorang Cikgu

November 17th, 2009 Adzƒar 5 comments

Haha! Entri kali ni aku buatkan khas untuk seorang cikgu sekolah rendah aku iaitu Encik Borhanuddin bin Saaid. Cikgu ni mendidik aku pelbagai erti kehidupan. Terutama sekali dia memberikan pengajaran dan pendidikan yang betul sehingga aku berjaya meneruskan kehidupan sebagai seorang insan.

Oh lupa, entri ni aku buat sekadar untuk berkongsi pengalaman aku dibangku sekolah rendah dahulu kala. Aku ceritakan dari tahun 1999, di mana ketika itu aku berada di dalam tahun 5 Mawar (kalau tak silaplah). Kelas ini didiami oleh kebanyakan pelajar cerdik termasuklah aku yang serba-serbi cerdik pada sekolah rendah dahulu.

Pada suatu hari, aku diarahkan oleh cikgu kelas aku yang bernama Encik Zamry. Beliau meminta aku untuk pergi ke kelas tahun 6 Melor bagi mengambil bukunya yang tertinggal semasa sessi pembelajaran di kelas tahun 6 berkenaan. Aku pada ketika itu memberanikan diri untuk pergi. Kenapa aku memberanikan diri? Sebabnya aku sudah dengar suara Cikgu Borhan atau lebih dikenali dengan nama glamor beliau, Cikgu Bob ini menjerit-jerit. Mungkin panas barannya telah datang semasa berada di dalam kelas tahun 6 itu.

Apabila aku berada di hadapan kelas itu, aku mengetuk pintu kayu sambil memberi salam dengan nada perlahan lalu masuk dengan muka selamba. Pada ketika itu, Cikgu Bob ini masih lagi dalam keadaan ‘panas’. Tiba-tiba, hinggaplah penampar yang boleh menggegarkan kepala otak aku ini.

Ouchhhh!“, aku memegang pipi yang ditampar tadi.
Kamu tahu tak adab masuk ke dalam kelas orang?“, Cikgu Bob bertanya aku dengan nada suara yang tinggi.

Klik untuk membaca lebih lanjut –> Read more…

Categories: Writing Tags:

Kuala Lumpur World Marching Band Competition 2009

November 16th, 2009 Adzƒar No comments

The Kuala Lumpur World Marching Band Competition 2009 will be held from 12th to 20th December 2009. More than 20 bands from all over the world, including Malaysia, will be vying for the various honors this year.

To kick-start, we are currently looking for enthusiastic individual who can help us on making the event better than ever by taking part in our volunteers program. There will be a training session for volunteers and newcomers. Best of all, during the event all the meals, accommodation and allowances will be provided by the organizer.

The training session details are as followed:

Date: Throughout the November 2009 (Every Saturday)
Time: 9am-2pm
Venue: Victoria Institution, Kuala Lumpur

The volunteers are needed in these following areas:

a) Secretariat
b) Liaison Officer
c) Usher
d) Field Marshal
e) Logistic

You’re unique. You’re difference – so we dare you to join and be part of us.

For more info kindly browse to KLWMBC Official Website (www.klwmbc.com) or we can be reach at +603.9173.3659. / 017.203.2664.

**Take note that KLWMBC 2009 is a World Association Marching Show Band (WAMSB) sanctioned qualifying round for the 2010 World Marching Show Band Championshion in Postdam, Germany.

Promote for my pet bro, Ayieq [ http://tepukdahi.blogspot.com/ ]

Categories: Miscellaneous Tags:

Happy 3rd Month Honey

November 12th, 2009 Adzƒar 2 comments

Alhamdulillah, hari ni, 12 November 2009 menandakan genap tiga bulan aku bersama Farah. Alhamdulillah juga kerana selama tiga bulan ini, pelbagai liku-liku hidup aku lalui. Buat pertama kalinya, aku dipindahkan ke Cyberjaya untuk berkerja di sana pula. Entah berapa bulan aku perlu berkerja di sana.

Keduanya, pihak The Star telah membalas emel yang diberikan oleh aku. Isi kandungan emel berkenaan benar-benar membuat aku teruja dan menaikkan kembali semangat aku.

Dear Adzfar Aiman,
LG will try their very best to send the prizes to you by this month.
Sorry for the inconveniences caused.
Thanks.

Aku berdoa agar apa yang dikatakan ini benar-benar berlaku. Akhir kata di sini, aku berharap agar pembaca, pengikut atau pelawat blog aku ini sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat. Dan doakan kebahagian aku bersama insan tercinta, Farah. Insya Allah.

Categories: Writing Tags:

I’ve Got Mine, How Bout You?

November 6th, 2009 Adzƒar 2 comments

Entri ni cuma hendak memberitahu bahawa aku telah berjaya mencari BLUE TICKET dari laman web YOUREKA!. Terasa bangga juga sebab sebelum ni seorang kawan lomo aku duduk bising suruh aku cari tiket berikut. Setelah banyak kali mencuba, barulah hari ini aku berjaya mencari tiket berkenaan.

Berikut merupakan screen shot di mana aku terima e-mel dari pihak Yahoo! Malaysia. Terima kasih di atas BLUE TICKET ini. HEHE! Nerd

Blue Ticket - YOUREKA

Blue Ticket - YOUREKA

Categories: Writing Tags:

Happy 40th Years Old Sesame Street

November 5th, 2009 Adzƒar 3 comments






Ada sesiapa yang tidak kenal akan watak di dalam gambar di atas? Maka amat rugilah zaman kanak-kanak mereka. Ini kerana watak Cookie Monster amat sinonim dengan siaran TV kanak-kanak yang diberi nama Sesame Street.

Aku tidak mahu memanjang entri berkenaan dengan Sesame Street ini, namun aku ingin mengucapkan selamat ulangtahun 40 tahun di atas kewujudan watak-watak ‘Muppets’ yang terdapat di dalam siaran ini. Bagi sesiapa yang masih belum kenal ke semua karakter atau watak Sesame Street, silalah pergi ke laman web ini – MUPPETS.

Akhir kata, HAPPY 40th BIRTHDAY SESAME STREET!

Categories: Movie, Writing Tags:

You have won yourself a unit of Sony MP3 player

November 2nd, 2009 Adzƒar 5 comments

Apa pendapat korang apabila dapat emel sedemikian? HAHA! Tak sabarnya nak tunggu untuk hadiah laptop pula ni Smile
Btw, tahniah buat Farah kerana berjaya memenangi hadiah Sony Mp3 Player ni:

Sony Mp3 Player

Sony Mp3 Player

Categories: Writing Tags:

Selamat Datang Bulan November

November 1st, 2009 Adzƒar 3 comments

Alhamdulillah, bulan Oktober aku lalui dengan penuh tabah walaupun terdapat beberapa perkara yang agak menyakitkan hati. Buat pertama kalinya, aku cukup gembira apabila mendapat tahu bahawa aku memenangi sebuah peti ais (refrigerator) dari pihak The Star dan juga LG. Tetapi malangnya, peti ais yang dijanjikan masih belum dihantar ke rumah aku. Tetapi tidak mengapa, mungkin tiada stok untuk peti ais terbabit.

Semalam, 31 Oktober, aku mendaftarkan diri untuk menyertai satu pertandingan (dalam perkiraan aku sahaja) Scrabble yang akan diadakan pada hari ini jam 11 pagi di kafe Starbucks Ikano Power Centre. Pada permulaannya, muncul perasaan malu untuk turut serta, namun apabila aku memikirkan untuk berhibur dengan aktiviti tersebut, aku mendaftarkan juga nama di dalam borang penyertaan. Dan aku akan ditemani oleh insan tersayang, Farah, untuk menyertai aktiviti ini.

Doa-doakan agar aku berjaya melayakkan diri di dalam permainan Scrabble nanti. Ini kerana jumlah peserta adalah terhad kepada 40 orang sahaja *first come, first serve* dan aku berkeinganan untuk memenangi hadiah daripada pihak Starbucks. Insya Allah.

Categories: Writing Tags: