Archive

Archive for October, 2009

Bulan Yang Penuh Dugaan dan Cabaran

October 30th, 2009 Adzƒar 8 comments

Aku rasa bulan Oktober dan bulan akan datang, November, merupakan bulan yang penuh dugaan dan cabaran. Mana tidaknya, duit gaji aku pada bulan ini tidak seberapa dan ianya cukup untuk aku berbelanja pada bulan hadapan. Maka pada bulan hadapan, kuranglah aktiviti bersosial aku.

Namun aku masih boleh bersyukur kerana aku berjaya memenangi dua hadiah daripada Cathay Cineplexes. Hadiah yang berjaya aku menangi adalah hadiah filem Tsunami yang bernilai RM220 ihsan daripada pihak RAM Entertainment dan juga hadiah filem The Final Destination yang bernilai RM200 ihsan daripada pihak Warner Bros.

Oh tidak lupa juga, kekasih hati aku iaitu Farah juga berjaya memenangi hadiah daripada Cathay Cineplexes! Alhamdulillah kerana tidak sia-sia aku memasukkan nama beliau di dalam peraduan Tsunami.

Akhir kata, walaupun duit gaji tidak seberapa banyak, namun aku masih lagi berpeluang untuk menjalankan hobi menonton wayang seperti biasa. Insya Allah pada masa akan datang, aku berharap ada lagi hadiah menarik yang bakal aku menangi.

Categories: Writing Tags: ,

HP FINEST Roadshow – Everyone’s invited

October 29th, 2009 Adzƒar No comments
HP FINEST Roadshow - Everyone's invited

HP FINEST Roadshow - Everyone's invited

Fuh, terasa penat semalam apabila aku bersusah payah dari rumah ke One Utama Shopping Complex semata-mata untuk menghadiri majlis jalanan (roadshow) yang dianjurkan oleh HP. Dalam cuaca hujan yang pada mulanya turun secara ‘manja’, tiba-tiba ‘badai’ melanda. Sudahlah tayar motorsikal aku tidak seberapa berbunga lagi membuatkan aku terpaksa membonceng lebih berhati-hati.

Aku sampai di parking One Utama pada pukul 4.20 petang (agak-agak saja). Lalu aku terus memasuki ruang legar kompleks membeli-belah berkenaan dalam keadaan kebasahan kerana aku sempat mandi hujan ketika menuju ke pintu hadapan bangunan terbabit. Kemudiannya, aku menuju ke roadshow yang betul-betul berhadapan dengan butik FCUK. Pada mulanya aku agak kebingungan kerana pelanggan di roadshow berkenaan tidak sebegitu ramai. Namun, aku cuba mendapatkan seorang promoter untuk bertanyakan mengenai penebusan atau redeem barangan eksklusif daripada HP dan beliau memberitahu kepada aku bahawa kaunter penebusan terletak di bahagian depan.

Aku berjalan meninggalkan promoter berkenaan dan kini mata aku tertumpu kepada sebuah papan tanda “REDEMPTION COUNTER“. Di sana, terdapat empat orang promoter sedang menunggu pelanggan yang ingin menebus barangan eksklusif daripada HP. Aku memberikan tiga e-mel yang telah dicetak dan turut dibawa untuk proses cabutan bertuah. Seorang promoter lelaki mengangkat sebuah balang kaca yang mana di dalamnya terdapat beberapa biji bola pingpong. Setiap bola pingpong berkenaan telah dituliskan nombor tertentu untuk mewakili barangan eksklusif yang bakal diperolehi oleh pelanggan.

Promoter berkenaan memberi aku peluang untuk mengambil tiga biji bola pingpong yang terdapat di dalam balang kaca berkenaan. Keputusannya, aku mendapat dua biji bola pingpong bernomborkan 6 dan sebiji bola pingpong bernomborkan 2. Bagi bola pingpong bernombor 6, barangan eksklusif yang berjaya aku perolehi adalah dua buah cawan plastik dan dua batang pen HP. Manakala bagi bola pingpong bernombor 2, barangan eksklusif yang aku perolehi adalah sebuah botol air (mungkin edisi terhad) dan juga sebatang pen HP. Aku tidak sempat untuk memandang barangan-barangan eksklusif lain yang terdapat di roadshow berkenaan kerana aku tidak mahu membazirkan masa di situ.

Kesimpulannya, bagi sesiapa yang mahu mendapatkan barangan eksklusif daripada HP ini, bolehlah melawat laman web Facebook mereka di www.facebook.com/personalagain. Sebelum itu, anda diingatkan supaya menjadi peminat atau fan bagi laman web berkenaan dan kemudiannya barulah boleh mendaftarkan diri untuk menerima barangan eksklusif.

HP FINEST Roadshow schedule

HP FINEST Roadshow schedule

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web berikut: http://www.facebook.com/personalagain?v=app_10339498918#roadshow

Categories: Writing Tags:

Damn, Peningnya Kepala Aku

October 28th, 2009 Adzƒar No comments

Haish, aku tidur agak awal semalam. Pulang saja dari pejabat, aku terus berbaringan di atas katil sambil memicit-micit kepala yang pening-pening lalat ini. Tidak lama selepas itu, aku mendapatkan sebiji Panadol 650 (bukan jenama Paracetamol ye) yang terletak di atas meja komputer aku. Sambil menelan ubat menahan sakit itu, aku meneguk air yang turut terdapat di atas meja komputer aku ini.

Sesudah menelan ubat, aku berbaring semula sambil menaip beberapa SMS kepada orang tersayang, Farah. Aku mengatakan hasrat untuk berehat dan tidur awal pada hari ini (malam tadi) kerana aku tidak larat. Dia memahami ‘derita’ yang sedang aku hadapi dan meminta supaya aku merehatkan diri.

Lebih kurang 10-15 minit, aku terlena. Tetapi, pada jam 11 malam, aku dikejutkan dengan beberapa panggilan oleh seorang teman baik aku iaitu Afif. Aduh, dalam keadaan mamai, aku melihat ke arah skrin telefon bimbit Motorola aku.

Alamak, petang tadi Afif ada bagi tahu nak datang rumah aku!“, bisik hati aku.

Aku membiarkan sahaja panggilan Afif kerana aku tidak larat untuk berbual pada ketika itu.

Lebih kurang jam 5 pagi, aku terjaga dari lena. Wowh, agak lama aku tidur! Kini, pening kepala telah tiada lagi. Dan aku ingat pada hari ini aku mahu pergi ke One Utama Shopping Complex kerana ada roadshow HP (Hewlett-Packard) dan aku mahu mengambil seberapa banyak goodies bag di sana! Fuh, nasib baiklah hari ini aku masuk kerja malam. Huuu~ Pumpkin

Categories: Writing Tags:

Congrats Newbie

October 22nd, 2009 Adzƒar 1 comment


Hehehe, ucapan jutaan tahniah buat adik kekasih aku iaitu Aina Najihah kerana berjaya menjadi pemenang minggu pertama di dalam pertandingan Puzzle Mania 2 anjuran NiEXUS (New Strait Times).

Puzzle Mania 2 by NiEXUS

Puzzle Mania 2 by NiEXUS

Hadiah yang berjaya beliau menangi berupa wang tunai sebanyak RM250. Tahniah sekali lagi! Rezeki Aina sentiasa ada di mana-mana.

Categories: Writing Tags:

Damage – Steve Austin

October 17th, 2009 Adzƒar 1 comment
Damage 2010 - Cover

Damage 2010 - Cover

Damage is a 2009 action film starring Stone Cold Steve Austin. It is written by Frank Hannah and directed by Jeff King. The film is a hard-edged, bare-knuckles fight film that focuses on the tough choices people make in times of recession. “Damage” is the first in a multi-picture deal between Austin, Nasser Entertainment, and Caliber Media.

Source: Wikipedia

Damage is the story of John Brickner (Steve Austin), a man recently paroled from prison, driven into the illegal world of underground fighting. Brickner attempts to renew his life on the outside amidst a world infused with degenerates, criminals and killers.

With the help of slick fighting promoter Reno (Walton Goggins) and his cut person Frankie (Laura Vandervoot), Brickner soon finds himself climbing the underground ranks. The stakes escalate as Brickner puts it all on the line in a fight to the death.

Categories: Movie Tags:

GOT BOOBIES?

October 15th, 2009 Adzƒar 3 comments

Breast cancer is a malignant (cancerous) growth that begins in the tissues of the breast. Cancer is a disease in which abnormal cells grow in an uncontrolled way. Breast cancer is the most common cancer in women, but it can also appear in men. In the U.S., it affects one in eight women.

The most common types of breast cancer are:

  • ductal carcinoma (85 – 90% of all cases)
  • lobular carcinoma (8% of all cases)

Invasive (Infiltrating) Breast Cancer
Invasive, or infiltrating, breast cancer has the potential to spread out of the original tumor site and invade other parts of your breast and body. There are several types and subtypes of invasive breast cancer.

Less common are:

  • inflammatory breast cancer (occurs in the skin)
  • Paget’s disease of the nipple

What is it Paget’s disease of the nipple? Here’s the details:
Paget’s disease of the nipple or breast is a rare type of breast cancer, which can occur in women and men. It shows up in and around the nipple, and usually signals the presence of breast cancer beneath the skin. Most cases are found in menopausal women, but can also appear in women that are as young as 20. The disease is named for Sir James Paget. He reported on the link between changes in the nipple and the underlying breast cancer.

Symptoms of Breast Cancer:

  • a lump or a thickening in the breast or in the armpit
  • a change of size or shape of the mature breast
  • fluid (not milk) leaking from the nipple
  • a change of size or shape of the nipple
  • a change of color or texture of the nipple or the areola, or of the skin of the breast itself (dimples, puckers, rash)

If You Have Breast Pain

Early stages of breast cancer may not cause any pain or discomfort. Having a regular mammogram and a clinical breast exam by your health professional can help you understand changes in your breasts. Doing your breast self-exam can help you keep track of regular monthly changes.

Remember, many lumps and rashes are benign (not cancerous) and can respond well to proper treatment. If you experience any symptoms that cause you concern, see your doctor.

Treatments for breast cancer, as well as survival rates, are improving. Early detection and medical help is critical to improving the chances of living beyond a diagnosis of breast cancer.

Footnote:
Dear bloggers, want to win RM1,000 worth of prizes? Simply join AliceWonders.com’s Got Boobies? Contest (click here to see contest details)

For every weeks (starting from 24/10 until 28/11), you can win the prizes as per stated below:

Weekly Grand Prize

  • Week 1 (24/10): Alice Hearts Black
  • Week 2 (31/10): Alice Mini Hearts Grey
  • Week 3 (7/11): Alice Hearts White/Pink
  • Week 4 (14/11): Alice Mini Hearts Black
  • Week 5 (21/11): Alice Hearts Grey
  • Week 6 (28/11): Alice Mini Hearts White/Pink


Please take note that subject to availability and winners will be announced every Saturday on AliceWonders.com.

Wish you luck!

Categories: Writing Tags: , ,

Adzfar Aiman @ Twitter

October 14th, 2009 Adzƒar No comments
Adzfar Aiman @ Twitter

Adzfar Aiman @ Twitter

Kini aku telah mendaftar sebagai ahli atau pengguna Twitter. Kepada sesiapa yang ada akaun Twitter tidak kiralah rakan blog ataupun mereka yang ingin mengenali aku, bolehlah mengikuti web Twitter aku di: http://twitter.com/AdzfarAiman.

Categories: Writing Tags:

Happy 2nd Month Honey

October 12th, 2009 Adzƒar 2 comments

Jyeah, hari ini, 12 Oktober 2009 menandakan genap dua bulan aku dan Farah Atiqah bersama semenjak dari tarikh rasmi kami iaitu 12 Ogos 2009 lagi. Doakan kami bersama selamanya. Insya Allah Wink In Love

P/s: Love adzFARAiman !

Categories: Writing Tags:

Kisah Minyak Wangi

October 7th, 2009 Adzƒar 4 comments

Alhamdulillah, syukur aku kepada Tuhan sebab memberikan aku rezeki sekali lagi. Petang tadi, selepas penat aku keluar untuk pergi ke kolej yang terletak di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dan kemudiannya aku terus pergi ke e@Curve, Mutiara Damansara untuk mengambil hadiah peraduan Orphan, aku terlena kerana mahu merehatkan badan. Dalam lebih kurang satu jam aku tidur, aku terjaga.

Seperti kebiasaannya, aku terus menekan butang yang terdapat pada CPU komputer aku kemudiannya aku membuka emel Adzfar.com. Alhamdulillah, aku menerima sebuah emel dari pihak Star Publications (M) Bhd atau The Star yang memberitahu bahawa aku terpilih sebagai salah seorang daripada 15 orang pemenang di dalam peraduan Sa Sa Fragrance Fair & Awards 2009. Hadiah yang aku menangi itu adalah merupakan sebotol minyak wangi atau perfume daripada senarai yang terpilih pada halaman ini: Sa Sa Fragrance Nominees.

Aku teruja apabila menerima emel berkenaan dan terus meminta pendapat dari seorang rakan aku iaitu Adli. Dia memberikan pendapat supaya aku memilih minyak wangi berjenama Hugo Boss iaitu Boss Bottle No:6 (lihat gambar di bawah):

Hadiah minyak wangi ini aku boleh ambil pada minggu hadapan di ibu pejabat The Star. Terima kasih kepada pihak The Star dan juga Sa Sa kerana memilih aku sebagai salah seorang pemenang di dalam pertandingan ini Smile

Categories: Writing Tags: